Artis / Selebriti
” Ini adalah visual yg sama I saksikan sendiri dengan mata I, many years ago.. ” – Komen Netizen

Komen seorang netizen di posting video Shuib Sepahtu support anaknya, Thalita menyanyi di Bukit Bintang menyentuh hati ramai. Perkongsian kisah throwback yang netizen ini pernah saksikan yang berlaku antara Shuib dan arwah Siti Sarah. Sebaknya baca..
Semalam, anak perempuan pelawak Shuib Sepahtu, Dzahira Talita Zahra telah membuat persembahan nyanyiannya di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Thalita dilihat mengalirkan air mata ketika menyanyikan lagu ibunya iaitu Allahyarham Siti Sarah Raisuddin berjudul Kesetiaan di hadapan 5,000 penonton.
Meninjau di akaun Instagram radio Era, telah dikongsikan video yang memaparkan telatah Shuib yang sedang menonton persembahan anak perempuan tunggalnya itu. Dilihat Shuib memberikan semangat kepada Thalita untuk terus menyanyi dengan baik.
Perkongsian video ini turut mengundang sebak warganet yang menontonnya. Ramai yang mengatakan melihat wajah Shuib seolah membayangkan Shuib seperti melihat persembahan arwah isterinya. Selain itu, ada seorang netizen berkongsi cerita mengenai Shuib ketika melihat persembahan arwah Siti Sarah beberapa tahun lalu.
Sehingga kini, video Shuib itu telah menerima ratusan komen dan puluhan ribu tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis. Sememangnya sangat sebak melihat raut wajah Shuib ketika menonton persembahan Thalita. Lebih-lebih lagi apabila teringatkan arwah Siti Sarah.
Tonton perkongsian video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Sedih tengok pandangan Shuib dekat Thalita, sama macam dia tengok arwah Siti Sarah tengah nyanyi dulu.. Masya Allah sayang cantik suara awak Thalita, semoga awak menjadi seorang penyanyi yang berjaya dan sukses Aamiin.. “
” Congratulations Talita.. Permulaan yg baik utk u teruskan legasi Arwah ibu Siti Sarah Raissuddin.. Teruskan usaha & buat kebaikan sepertimana Arwah ibuMu… Fly high syg.. “
” Serius tengok video ni pun rasa sebak weh.. Merindui orang yang dah pergi tu memang sangat menyakitkan.. Nampak seolah Shuib tengah tengok Siti Sarah.. “
” Sedihnya, rindu org dah tkda mmg sakit. Kuatnya Shuib , Hebat dia. Alhamdulilah Thalita dpt ayah mcm Shuib.. Go Thalita go.. “
” Kasih sayang ayah kepada anak perempuan tunggalnya.. Mesti Shuib rindu sangat kan dekat arwah Siti Sarah.. Semoga arwah tenang di sana.. “
” Teruskan legasi arwah Siti Sarah, Thalita ada tone yg clear sama mcm arwah ibu dia. Nangis sebaik tengok.. Semalam ramai betul orang dekat Bukit Bintang.. “
” Dri cara Shuib tu nmpak dia rindukn arwah Sarah, tp masih cover lagi.. Hilang rasa rindu tu,jgn sedih2 ye, pape pn sedekah Alfatihah(dibaca) buat arwah Siti Sarah.. “
Komen perkongsian daripada salah seorang netizen :
Persembahan Thalita semalam begitu luar biasa meskipun terhenti seketika menyanyi gara-gara merindui ibunya. Apa-apa pun, semoga Thalita terus berjaya dalam apa juga bidang yang diminatinya dan tidak lupa kepada arwah Siti Sarah, semoga arwah tenang di sana serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang dikasihi Allah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Paknil mintak dia nyanyi lagu lain bukan kepunyaan Dato’ Siti Nurhaliza.. ” – Paknil
-
Artis / Selebriti7 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Merah muka YB kena usik dengan UAI, sampai telinga semua merah. Macam bau nasi minyak sudah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dia sorok perasaan dia dengan cakap ‘dia kutuk aku’ . I know that feel Dato’, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terus berderai air mata saya tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Ya Allah pilu rasa hati ni tengok keadaan kereta mangsa. Terbayang macam mana diorang nak selamatkan diri.. ” – Komen Netizen