Artis / Selebriti
” Ya Allah, dari lagu omputih terus jadi opera cina. Nak terkencing aku ketawa, haha.. ” – Komen Netizen

Video Wanie Ooi melatah ketika sedang menyanyi secara live buat warganet terhibur. Adui terkejut dengan bunyi gift punya pasal, habis keluar perkataan bahasa Cina. Berdekah gelak, lawak betul..
Wanie Ooi merupakan salah seorang pelakon dalam drama Dhia Kasyrani. Wanie yang berdarah kacukan cina ini juga aktif di Tiktok dan selalu menghiburkan viewers yang menonton siaran langsungnya dengan bermacam-macam lagu. Wanie memiliki suara yang sedap dan merdu serta pernah memasuki pertandingan nyanyian sebelum ini.
Meninjau entry di akaun Tiktok Lyza tun82, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Wanie mendendangkan lagu nyanyian asal Bruno Mars dan Lady Gaga berjudul Die With A Smile. Suara Wanie memang power dan sesuai menyanyikan lagu rentak sebegitu.
Memandangkan ramai yang memberikan gifts ketika live sedang berlangsung, terjadi sesuatu yang membuatkan warganet ketawa besar menonton video ini. Bagi yang mengikuti belakang tabir drama Dhia Kasyrani, pastinya sering melihat Wanie melatah setiap kali disakat oleh Reen Rahim.
Berdekah semua ketawa apabila Wanie melatah dan terus bercakap dalam bahasa Cina. Wanie terkejut dengan bunyi gifs dan secara spontan mengira dari nombor 1 sehingga 20 dalam bahasa Cina. Ketika semua sedang asyik melayan nyanyian Wanie, alih-alih melatah pula.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@lyza_tun82 Baru nak layan lagu best dah melatah sampai habis lagu🤭🤭 #wanieooi #melatah #fyp
♬ original sound – 🕊️نوورليذاواتي عبدالله – 🕊️نوورليذاواتي عبدالله
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 42 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ya Allah, dari lagu omputih terus jadi opera cina haha.. aku lah haha.. nak terkencing weh ketawa dengar latah si wanie ni.. “
” Nak dengar orang nyanyi terus kena masuk tuisyen mandarin haha.. tak pasal pasal belajar nombor ye semua.. “
” Teruk benar dia melatah haha.. tapi dia kira bahasa cina semua betul.. memang dia pro mengira bahasa cina.. “
” Dari Adele terus jadi opera cina haha.. Dia dah siap pin jgn bagi gift kalau dia nnyi tapi hampa niii kesian dia haha.. “
” Boleh pulak dia kira dalam bahasa cina sampai nombor 20 haha.. dah jadi lagu mengira pulak.. “
” Kau dah kenapa wei, hahha.. berdekah aku.. tiba tiba tukar bahasa cina terus haha.. tak memasal jugak semua mengira.. “
” Dah jadi opera cina haha.. terus pandai nombor dlm bhasa cinaa tgk kak tu melatah haha.. Bruno Mars menangis dengar ni hehe.. “
Bukan biasa-biasa melatah si Wanie ini, sudah tidak pasal-pasal semua belajar mengira dalam bahasa Cina. Menghiburkan melihat telatah spontan Wanie itu. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca juga turut terhibur.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok lyza tun82, IG Wanie Ooi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Viral5 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti16 hours ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu Shafnie Zainudin in one frame.. ” – Shafnie Zainudin
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Umairah menangis di tepi pentas.. ” – Siti Nur Sairah Tarudin