Connect with us

Artis / Selebriti

” Happy 12th birthday sayang Bonda.. ” – Nora Danish

Nora Danish Kongsi Video Dan Titip Ucapan Istimewa Buat Anak Tirinya, Mohamed Nedrin Sempena Hari Lahir Yang Ke 12 Tahun. Wah Dah Besar Lah Dre, Makin Comel. Komen Balas Daripada Dre Raih Perhatian Ramai, Alahai Sweetnya !!

Meninjau di akaun Instagram milik pelakon Nora Danish, telah dikongsikan video dan ucapan istimewa buat anak tirinya, Mohamed Nedrin. Difahamkan ucapan dan video tersebut sempena ulangtahun kelahiran Nedrin atau lebih mesra dengan panggilan Dre yang ke 12 tahun.

Menerusi video itu, Nora berkongsi momen terindah sepanjang bersama dengan Dre. Menggelarkan diri dengan panggilan Bonda, ucapan yang ditulis oleh Nora juga sangat menyentuh hati. Langsung tidak menganggap Dre sebagai anak tiri, Nora berharap segala yang baik-baik sahaja untuk Dre.

Klik gambar untuk info..

Selain itu, posting Nora ini turut mendapat respon daripada Dre sendiri. Dre membalas ucapan Nora di ruangan komen dengan mengucapkan terima kasih kepada Nora serta meluahkan rasa sayangnya terhadap Nora. Perkongsian itu telah menarik perhatian warganet.

Ada yang mengatakan sekejap masa berlalu dan tidak menyangka Dre sudah berumur 12 tahun kerana sudah mengikuti Dre dari Nora mendirikan rumahtangga bersama Nedim lagi. Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh Nora menerima belasan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, selain menyukai perkongsian oleh Nora, ramai yang memberikan kata ucapan selamat hari lahir kepada Dre. Antara komen-komen tersebut adalah :

”  Dre face loaded of cuteness.. Happy birthday .. May Allah grant to you as anak yg soleh.. Yg mendoakan syurga buat mummy and daddy.. “

” Happy birthday Dre.. Moga membesar jadi anak soleh yang berjaya dunia akhirat. Eii geram betul si Neyney dgn pipi abang eh.. “

” Happy birthday Dre. Semoga jadi anak soleh penyejuk hati dan mata ibu ayah dan semua org. Berjaya dunia dan akhirat. Aamiin inshaallah.. “

” Handsome boy.. Happy Birthday to you.. May your dreams come true and you will always be happy in life with your family.. ” tk Dre.. “

”  Happy birthday Dre.. Dulu aunty stalk IG daddy Dre semata2 nak tgk celoteh Dre.. You are 12 now, may Allah SWT bless you always.. “

Klik gambar untuk info..

” Happy Birthday Dre.. Hensem n cute boy.. Semoga jadi anak yg soleh ya.. Sekejap betul dah besar kan dia.. Seb4k pula baca ucapan Nora.. “

” Laaaa Dree cepatnya awak besar.. Budak comel ni dulu da bsr makin comel. Geram pipinya. Happy birthday Dre, smoga terus berjaya dalam hidup.. “

Komen Dre dan respon daripada Nora :

Meskipun sebagai ibu tiri, namum keakraban hubungan antara Nora dan Dre diihat begitu kuat. Untuk sekadar info, Dre merupakan anak kepada Nedim Nazri Aziz hasil perkahwinannya yang terdahulu. Apa-apa pun, selamat hari lahir diucapkan kepada Dre, semoga Dre turus membesar menjadi anak yang baik buat kedua orang tuanya.

Silakan SHARE..

Sumber : noradanish, boss_ned

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT