Connect with us

Artis / Selebriti

” Terperanjat kejap Tokti masa Aafiyah cakap ustaz bagi love, haha.. ” – Netizen

Video Dato’ Seri Siti Nurhaliza Dan Anaknya, Siti Aafiyah Menyanyi Ketika Sesi Live Raih Perhatian Ramai. Wah Aafiyah Pun Pandai Menyanyi Lah, Comel Jer Suara Aafiyah !!

Meninjau ke akaun Instagram Aafiyah Khalid, perkongsian sedikit sedutan video live Dato’ Seri Siti Nurhaliza dan anaknya, Siti Aafiyah telah meraih perhatian ramai. Apa yang menarik dalam video sesi live ini ialah Aafiyah dan ibunya menyanyi.

Aafiyah kini sudah pun berusia 5 tahun dan semakin cantik seperti ibunya. Dato’ Seri Siti mengajak Aafiyah menyanyi bersama-samanya walaupun pada awalnya Aafiyah dilihat tidak mahu menyanyi. Aafiyah sempat lagi memulas telinga ibunya, hehe.

Klik gambar untuk info..

Namun apabila Dato’ Seri Siti mula menyanyi, Aafiyah mula mengikuti nyanyian tersebut secara perlahan-lahan. Dato’ Seri Siti menyanyikan lagu berjudul Seindah Biasa yang merupakan salah satu lagu popularnya yang masih menjadi siulan ramai.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 2 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Part akhir video sangatlah kelakar apabila Aafiyah membaca komen-komen pada sesi live tersebut. Aafiyah sempat melihat seseorang yang bergelar ustaz memberikan banyak simbol love.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, pelbagai respon yang yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Aafiyah tau tak mak dia penyanyi No 1 Malaysia selamanya ? Hati2 aafiyah,, ayah perati ngn ustat tu.. ustaz yg bgi love.  aafiyah2. comel.. “

” Agak2 Aafiyah tau tak mak dia kesayangan rakyat malaysia . Terperanjat kejap tokti ms afiyah cakap ustadz yg bagi love, haha.. ” 

” Wehh mcm kakak dgn adik .. alis matanya affiyah cantik sekali .. Comel siti aafiyah bijak bersama ibu tersayang.. aafiyah pretty girl.. “

” Besar dah aafiyah.. ustaz bagi love.. Aafiyah2 tarik telinga ibu dia yaa.. too cute to handle.. aafiyah semakin tinggi lah.. “

Klik gambar untuk info..

” Pulas telinga mk dia.. Kak Aafiyah cantik.. comel.. Aafiyah makin besar makin cantik laaaa… Makin iras ibu dia.. Dah besar sekejap masa berlalu.. “

Ada yang menyatakan kedua anak-beranak ini seperti adik dan kakak sahaja kerana Dato’ Seri Siti tetap nampak muda walaupun usianya sudah lebih 40 tahun. Tanpa solekan yang tebal, Dato’ Seri Siti nampak seperti muda remaja je lagi.

Comel sangat Aafiyah apabila tersenyum, senyumannya sememangnya seiras Dato’ Seri Siti. Mana tahu suatu masa nanti Aafiyah mewarisi bakat ibunya sebagai seorang penyanyi terkenal. Semoga Aafiyah menjadi anak yang berjaya dalam kehidupan.

Silakan SHARE..

Sumber :  IG Aafiyah Khalid

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT