Artis / Selebriti
” Baru menyanyi main-main dah sedap. Terus aura kemerduan vokalnya terserlah.. ” – Komen Netizen
Video Dato’ Seri Siti Nurhaliza menyanyikan lagu Ernie Zakri, Masing-Masing ketika live. Wah sedapnya lagu Masing-Masing versi Tokti. Tokti menyanyi sambil menjual pun sedap. Mendayu-dayu suaranya, rasa terbuai-buai..
Bagi yang mengikuti perkembangan Dato’ Sri Siti Nurhaliza, pasti mengetahui yang DS Siti sering mempromosikan jualan produknya di live TikTok. Seperti selebriti dan usahawan lain juga, DS Siti menggunakan platform Tiktok untuk berniaga.
Menerusi akaun TikTok milik izwanjuan2310, telah dikongsikan satu video baru sesi live DS Siti. Menerusi video itu, DS Siti mempromosikan produknya kepada para peminat sambil bersembang santai. Namun, ada beberapa peminat DS Siti telah meminta DS Siti untuk menyanyi.
Atas permintaan tersebut, DS Siti dengan berbesar hati sudi menyanyi sebuah lagu bertajuk ‘Masing-Masing’, nyanyian asal Ernie Zakri. Sebelum DS Siti memulakan nyanyiannya, DS Siti berkata ada beberapa lirik yang dia tidak ingat, namun DS Siti akan cuba menyanyi dengan baik.

Dengan secara santai sahaja, DS Siti membawa lagu ‘Masing-Masing’ dengan caranya yang tersendiri. Sehingga kini, video nyanyian DS Siti ini telah menerima ratusan komen dan ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.
Tonton video di bawah ini (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@izwanjuan2310 Tokti blnja lagu masing2 smbil menjual😂😝 #foryoupageofficiall #fyppppppppppppppppppppppp #sitizonersmalaysia #sitinurhaliza #sitizonersg #sitizonersindonesia #fypシ゚viral #thejourneyofsound @Siti Nurhaliza
Di ruangan komen, ramai yang menyukai video nyanyian DS Siti ini dan pelbagai kata-kata pujian telah diberikan mereka. Antara komen-komen menarik adalah :
” Dah agak dah, Tokti akan buat lagu ni terus jadi lagu dia sendiri.. Sedap sangat dengar tau, kita pula rasa terbuai2, hehehee layanzz.. “
” Tokti cover lagu apa pun semua auto jadi lagu sendiri sebab dia tokti.. Melodi lari pun tetap merdu dengar.. Aduhhh cair kita dengar.. “
” Tokti nyanyi lagu ni rasa sedih yang boleh move on.. Kalau Ernie deep oo, galau dibuatnya. 22 best, okey dan merdu sangat dengar.. “
” Baru nyanyi main2 dah sedap. Kalau nnyi serius mesti viral sebulan dah ni, hahahaa. Tokti kalau cover lagu org memang tak pernah mengecewakan.. “
” Tokti tak perlu nyanyi dgn pelbagai teknikal mcm sesetengah penyanyi.. Cukup sekadar kemerduan suara tokti, mampu buat pendengar terbuai.. “
” Tokti nyanyi lagu masing-masing ni walau pun sikit aje tapi rasa lain macam merdunya ! Terus aura kemerduan vokalnya teserlah. Tokti ni dewi seni suara.. “
” Dia ermmm errmmm ermmmm last tu pun dah cairrr kita dengar.. Part lebihh baiikkkkk sedappnyeeeee laaaaaaAaaaaaaaa suara Tokti.. “
Terbuai-buai warganet mendengar nyanyian DS Siti menyanyikan lagu Masing-Masing. Seperti yang diketahui ramai, suara milik insan bernama Siti Nurhaliza ini begitu istimewa sekali. Berilah apa jua lagu, DS Siti boleh membawanya dengan caranya yang tersendiri.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok izwanjuan2310, IG ctdk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti6 days ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aduh sayang ni, tak payahlah nak romantik sangat depan orang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Janganlah lebih-lebih Mommy, malu lah.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti2 days ago” Meremang tengok video ni. Seram pulak tengok Cik B kena macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Patutlah Ayash cakap adik Shuib, tengok lah time dia buat muka tu, sebiji bapak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya mungkin tak dapat cari lelaki sebaik Razzi di luar sana.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti5 days ago” Akak nurse tahun ni tak perlu ambil cuti, kalau nak cuti just suruh Mek Yun masuk shift je.. ” – Komen Netizen

