Artis / Selebriti
” Bijaknya Jebat cakap, anak soleh ni. Tahu je mummy dia penat.. ” – Netizen
Video Respon Jebat Jayden Ketika Ditanya Tentang Ibunya Dapat Pujian Netizen. Alahai Comel Je Dengar Jebat Cakap, Memang Anak Yang Baik Ni !!
Jebat Jayden, anak kepada pelakon Sharnaaz Ahmad ini sering mencur1 perhatian warganet. Bakal memasuki usia 4 tahun pada tahun ini, Jebat kelihatan semakin comel dari sehari ke sehari, bahkan sudah petah bercakap.
Meninjau di akaun Instagram milik Sinar, telah berkongsi satu video yang memaparkan gelagat terbaru Jebat. Dalam video itu, kedengaran suara seorang lelaki telah bertanyakan kepada Jebat, adakah ibunya mahu makan.
Namun, terdengar suara ibu Noor Nabila iaitu Datin Noor Kartini telah memberitahu yang Nabila sedang tidur. Sempat Jebat mencelah dengan berkata ibu masih tidur kerana penat kerja. Jawapan Jebat tersebut telah menarik perhatian netizen.

Ada yang menyatakan Jebat ini seorang budak yang bijak dan gayanya ketika bercakap nampak matang daripada usianya. Sehingga kini perkongsian video Jebat itu telah ditonton lebih 51 ribu tontonan sejak ia dimuatnaik ke Instagram.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video tentang Jebat itu. Antara komen-komen menarik adalah :
” Bijaknya Jebat Jayden cakap, anak soleh ni, tahu je mummy dia pen4t. Semoga Jebat terus jadi anak yang baik.. “
” Comel jer anak Sharnaaz Ahmad ni bila bercakap. Dah besar Jebat ye, nampak matang sangat, hehee.. “
” Comel de oh lah budak sorang ni. Suka tengok gelagat Jebat, dengan pipinya yang bulat tu sambil makan fries.. “
Alahai jawapan dia, memang Jebat ni anak yang bijak. Nampak sangat memahami apa yang berlaku di sekelilingnya. Apa-apa pun, semoga Jebat terus menjadi anak yang soleh buat kedua orang tuanya.

Sekadar info, Jebat merupakan anak tunggal Sharnaaz Ahmad bersama Noor Nabila. Meskipun mereka sudah berp1sah, Sharnaaz dan Nabila telah sepakat untuk membesarkan anak mereka ini bersama-sama dengan penuh kasih sayang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sinar_my, Noor Nabila, Jebat Jayden
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Terharu dengar pesanan Dato’ Jamal untuk Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tolong lah baba Boy. Bagi nombor telefon Baba. Cikgu you comel Boy.. ” – Sharnaaz Ahmad
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ulang-ulang part Mama kata ‘takpe’ dengan part Ayden peluk YB. Awww melting.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Live dah sesedap ni, final nanti tentu gempak ni. Meremang bulu roma.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Intro je pun dah mengancam. Tangan tu tangan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Meremang rasa bila Cicha nyanyi, part tarik tu memang gaya macam Ella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Baby tak boleh lagi, baby is still so small untuk.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti3 days ago” Untuk saya, juara kali ni, saya sangat sangat puas hati. Ye lah Hussain.. ” – Akim Ahmad

