Artis / Selebriti
” Biasanya pergi spa ni dah dekat sangat dengan majlisnya.. ” – Komen Netizen
Perkongsian gambar-gambar Bella Astillah bersama ibu dan bakal ibu mertuanya pergi ke spa curi perhatian ramai. Wah lepas pergi spa, sama-sama makan laksa Johor pula. Macam dah tak lama lagi je majlis ni, hehe..
Terbaru, menerusi akaun Instagram milik ibu kepada YB Syed Saddiq iaitu Puan Shariffah Mahani, telah dikongsikan gambar yang memaparkan dirinya bersama penyanyi dan pelakon Bella Astillah serta ibu Bella di sebuah spa. Perkongsian tersebut mencuri perhatian warganet yang mengikuti perkembangan mereka.
Dalam suasana yang santai dan penuh kemesraan itu, ketiga-tiga mereka dilihat meluangkan masa bersama sambil menikmati rawatan di spa berkenaan. Momen kebersamaan tersebut jelas menggambarkan hubungan yang mesra antara mereka.
Selain itu, akaun TikTok milik pengguna azzarinanorani, turut dikongsikan sebuah video yang memaparkan Bella bersama ibunya serta Puan Shariffah Mahani ketika berada di spa. Video tersebut memaparkan detik-detik manis mereka sepanjang sesi tersebut berlangsung.

Selepas selesai menjalani rawatan, Bella dilihat membawa kedua-dua ibu tersebut ke sebuah restoran untuk menikmati hidangan laksa Johor. Suasana makan bersama itu menambahkan lagi kemesraan yang terjalin dan membuatkan ramai yang teruja melihat keakraban Bella dengan bakal ibu mertuanya.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
@azzarinanorani #bellaastillah #syedsaddiq #bellasyedyes #spa #fyppppppppppppppppppppppp @Bella Astillah @Eina @Shariffah Mahani
@azzarinanorani #bellaastillah #syedsaddiq #bellasyedyes #spa #fyppppppppppppppppppppppp @Bella Astillah @Eina @Shariffah Mahani
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video-video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Biasanya pergi spa ni dh dekt sngt dengan majlisnya.. InshaAllah moga dipermudah aamin3 ya rabb.. “
” Wow bersama mama2.. Doakn dpermudahkn segala urusan semua dan segala perancangan berjalan dgn lancar.. “
” Semoga Allah mudah kan segala urusan pernikahan anak puan berdua,di berikan keberkatan Dan di jauh kan Dari segala kejahatan manusia, Aamin.. “
” Subhanallah… MashaAllah…Tabarakallah… Alhamdulillah…3 wanita hebat .. Semoga sentiasa dlm rahmat dan lindungan Allah di dunia dan akhirat.. “
” Makin dekat dah bau nasi minyaknya. Tahniah mama yb & mama bella.. Dah tak sabar rasanya nk tengok Bella dan YB jadi pengantin.. “
” Bestnye spa.. Lovely Mama Besties.. Metime together.. Alhamdulillah.. Turut rasa bahagia tengok Bella dan mama2nya.. “
” MasyaAllah… Wanita wanita hebat mendidik anak anak yg begitu hebat skrg… Alhamdulilah.. Dah macam tak lama je bau2 nasi minyak ni.. “
Perkongsian ini akhirnya menjadi topik perbualan hangat di kalangan warganet. Tidak kurang juga yang membuat andaian bahawa majlis perkahwinan Bella dan YB Syed Saddiq mungkin bakal berlangsung dalam masa terdekat, apatah lagi apabila melihat Bella sudah mula meluangkan masa ke spa bagi menjaga dan mencantikkan diri.

Silakan SHARE..
Sumber : IG sharifahmahani, TikTok azzarinanorani
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tarikh nak bagitahu tarikh berlakunya pernikahan persandingan tu bila.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti7 days ago” MasyaAllah tabarakallah, tengok lah leher dan dagu anak Mommy tu, berlapis-lapis. Sakan susunya pun.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sedih lah tengok moment macam ni. Nampak je daddy dia, terus lari mintak dukung.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ok kitorang bagitahu lah, untuk anak ketiga ni adalah anak.. ” – Amar Baharin
-
Artis / Selebriti4 days ago” Biarlah Bilal, jangan lah bezakan. Mak bapak dia Ustaz dengan Ustazah.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti6 days ago” Baby tahu mami nanti akan letak POV, POV apa-apa kan.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka rilek je nyanyi lagu tamil. Menyanyi lagu apa pun petik jari je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kamal mula-mula tak nak, lepas tu kemain. Silap Zaki bagi mic pada ketua, haha.. ” – Komen Netizen

