Connect with us

Artis / Selebriti

” Betul-betul timing ikut tempo nak nyanyi eh. Tak sempat atok habis cakap, haha.. ” – Netizen

Video Gelagat Comel Adik Arfa Berduet Bersama Penyanyi Asal Lagu Lemak Manis, Roslan Madun Buat Ramai Terhibur. Amboi Adik Arfa, Tak Sempat Tunggu Atuk Habis Cakap, Dia Dah Menyanyi. Mana Boleh Masuk Lambat, Nanti Lari Tempo Yer, Hehe. Alahai Cute Sangat !!

Sebelum ini video seorang kanak-kanak berusia 2 tahun yang dikenali sebagai Adik Arfa  menyanyikan lagu Lemak Manis, nyanyian asal penyanyi Roslan Madun di sebuah majlis kenduri telah menjadi viral di media sosial. Suara adik Arfa yang sedap dan pelat serta gelagatnya yang comel meraih perhatian ramai.

Terbaru meninjau di akaun TikTok Roslan Madun, telah  dikongsikan video persembahan Roslan berduet bersama adik Arfa. Menerusi video itu, belum sempat Roslan habis bercakap, Arfa mula menyanyi terlebih dahulu dan perkara ini membuatkan orang ramai terhibur sehingga mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.

Klik gambar untuk info..

Difahamkan persembahan Roslan ini diadakan bersempena Pertandingan Tarian & Lagu Melayu Asli yang berlangsung Majlis Seni Sarawak. Selain itu, menerusi video lain Roslan berkongsi gelagat adik Arfa ketika menyanyi.  Di ruangan kapsyen, Roslan mengatakan yang dia datang hingga ke Kuching untuk mencari adik Arfa.

Perkongsian video-video itu mendapat perhatian warganet. Ada yang mengatakan adik Arfa seorang budak yang bijak dan matang daripada usianya yang sebenar. Warganet juga mengakui nyanyian penyanyi asal Lemak Manis ini begitu merdu didengar. Sehingga kini, video nyanyian Roslan dan Arfa telah ditonton lebih 60 ribu tontonan sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.

Tonton video di bawah ini :

( Sila tunggu seketika jika video lambat keluar )

 

@roslanmadun

Lambat sangat… Arfa nyanyi dulu ya, Atok Lan! #tiktokviral #lemakmanis #roslanmadun #masukberandafyp

♬ bunyi asal – Roslan Madun – Roslan Madun

@roslanmadun

Atok Roslan cari Adik Arfa sampai ke Kuching #tiktokviral #lemakmanis #roslanmadun #masukberandafyp

♬ bunyi asal – Roslan Madun – Roslan Madun

Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka terhibur dengan gelagar Arfa. Antara komen-komen menarik adalah :

” Alhamdulilah, dpt juga tgok adik Arfa berduet dgn Roslan Madun.. Terbaik adik kecil, nampak memang ada bakat menyanyi.. “

” Kita cakap lepas nyanyi jelah ek atok. Arfa nak nyanyi ni.. Hahahahaha adoiii Arfa.. Comel betul tengok telatah budak kecil ni.. Baru umur 2 tahun tapi nampk matang lah.. “

” MasyaAllah.. Luar biasa adik Arfa ni.. Umur baru 2 tahun tp tau ikut tempo..  tTak bagi can atok lan bercakap langsung, hahaha.. “

” Bakal jadi insan hebat adik ni dalam 15 / 20 tahun akan datang, insyaallah.. Dia pandai btl dgr bila nak masuk.. Tak payah hint apa2.. “

” Sekali dapat microfon terus masuk tak tunggu dah, hahahaa comel betul lah anak siapa ni, geram pulak kita tengok dia menyanyi.. “

” Tak puas tengok 10 kali ulang video ni, hahahaha comel sangat lah.. Allhamdulilah lagu ni orang ingat balik.. Tq Beto Kushairy sejak guna lagu ni masa Bulan Bintang raya hari tu.. “

” Anak sy pun suka nynyi lagu ni sbb uminya suka lagu lemak manis.. Akhirya budak handsome ni dapat berduet dengan Atok Lan.. “

” Betul-betul timing ikut tempo nak nyanyi eh. Tak sempat atok habis cakap, haha.. ”

Klik gambar untuk info..

Untuk rekod, lagu Lemak Manis ini kembali menjadi siulan ramai selepas video Beto Kusyairy mempromosikan produk baju hari raya menjadi viral. Apa-apa pun, memang terbaik lah adik Arfa yang begitu berani membuat persembahan di atas pentas berdepan dengan orang ramai walaupun baru berusia 2 tahun.

Silakan SHARE..

Sumber : TikTok roslanmadun / IG Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT