Connect with us

Artis / Selebriti

” Bersungguh Adira ni tolong ex husband dia, kita yang tengok pun rasa terharu.. ” – Netizen

Risau Tak Ramai Yang Datang Ke Booth Dato’ Red, Video Adira Suhaimi Turun Padang Membantu Dato’ Red Berniaga Buat Ramai Tersentuh. Alahai Bagusnya Adira, Rela Berpanas Demi Dato’ Red. Sweet Dengar Ayat Dato’ Red Pada Adira Tu !!

Adira Suhaimi dan Dato Red telah pun sah bercerai dengan talak 1, namun kedua-dua masih tetap berhubungan baik dan saling menyokong antara satu sama lain. Adira masih membantu Dato’ Red dalam mempromosikan produk jualan Dato’ Red.

Jika selalunya Adira mempromosikan di live Tiktok, kali ini Adira sendiri turun padang untuk membantu bekas suaminya ini. Meninjau akaun Tiktok kakaknya Emma Suhaimi, telah dikongsikan satu video yang memaparkan reaksi Adira yang agak kerisauan melihat perkembangan Dato’ Red di event Havoc Festival Ipoh.

Klik gambar untuk info..

Adira gusar kerana melihat tidak ramai yang datang ke booth Dato’ Red. Disebabkan itu, Adira akhirnya turut ke Ipoh untuk membantu Dato’ Red. Menerusi akaun Tiktok Putehhhx, gelagat Adira yang ligat ketika di booth dipaparkan.

Sekali pun dengan cuaca panas, Adira tetap berusaha menarik pembeli untuk mencuba produk Dato’ Red. Dapat dilihat Adira memanggil pengunjung yang lalu lalang di hadapan booth untuk diberikan tester. Dato’ Red juga mengucapkan terima kasih kepada Adira untuk bantuannya itu.

Jom tonton video di bawah :

( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) 

@emma.suhaimi

Kita support dari jauh! @adirasuhaimi.real

♬ original sound – Esemmasu – Esemmasu

@putehhhx

Terbaiklah Adira dtg support abg red niaga ❤️ #adirasuhaimidatukred #adirasuhaimiabgred #adirasuhaimireal #datored #abgred #adirasuhaimi @adirasuhaimi.real @abg red

♬ Masa Laluku – Kangen Band

Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Nmpk sngt adira ni sorg yg hatinye sngt baik n ikhlas.. trbaik la adira.. ptt le abg red susah nk lupakn adira ni.. ”

” Baik sgt Adira ni.. walaupun dah bercerai, ttp support tok Red. Semoga keduanya sama2 berjaya dlm bisnes masing2. Aamiin.. ”

” Nmpk betul ami risau dgn dato red.. dalam hati Adira mesti nanis sebab tengok dato red termenung je bila takda orang datang.. ”

” Nampak adira sgt support dato red… makin murah rezeki adira.. adira siap kejar org lagi tu.. ”

” Baiknya adira ni.. da cerai pun masih nampak lagi dato sayang sangat dekat adira.. adira pun tak henti sokong dato red.. ”

” Bersungguh Adira ni tolong ex husband dia, kita yang tengok pun rasa terharu. Apatah lagi dato red kan. rela datang jauh-jauh untuk bagi sokongan pada dato red.. ”

” Sedih kadang tengok kerjasama diaorang nie… Kalau masih suami isteri pasti mereka kerja keras berniaga bersama.. Tapi jodoh akan datang itu moga milik mereka SAHAJA.. ”

Klik gambar untuk info..

Ikhlas mendengar Dato’ Red berterima kasih kepada Adira itu. Sokongan sebegini lah yang akan membuatkan Dato’ Red bertambah semangat untuk mencari rezeki. Semoga jualan Dato’ Red laris dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.

Silakan SHARE..

Sumber :  Tiktok emma suhaimi, Tiktok putehhhx

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT