Artis / Selebriti
” Berdekah aku bila dengar Baby cakap ‘tak payah buat kerja, semak’ . Terkedu terus si Norreen, haha.. ” – Komen Netizen
Video Norreen Iman sedang mencabut uban adik Bell Ngasri, Baby buat ramai terhibur. Part Baby marah Norreen tu kelakar, terkedu Norreen dibuatnya. Tapi boleh pula part last tu sama-sama menyanyi, haha..
Meninjau di akaun Intagram norreen143, telah dikongsikan video yang memaparkan telatah Norreen Iman bersama sepupunya, Baby iaitu adik bongsu pelakon Bell Ngasri. Menerusi video tersebut, pada awalnya Norreen kelihatan sedang mencabut uban di kepala Baby.
Selepas itu, Norreen berkata kepada Baby yang Baby mempunyai banyak uban dan adakah dia sudah tua. Mendengar apa yang dikatakan oleh Norreen itu, dengan spontan Baby meminta Norreen tidak lagi mencabut uban dan berkata ‘tak payah buat kerja, semak’ .
Reaksi Norreen ketika mendengar jawapan yang diberikan oleh Baby itu juga telah mengundang tawa warganet. Bukan itu sahaja, pada akhir video, Baby sempat menyanyi sebuah lagu dan lagu tersebut diterjemahkan kembali oleh Norreen.

Sehingga kini, kedua video tersebut telah menerima ratusan komen dan puluhan ribu tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis. Seperti biasa, gelagat Baby bersama Norreen sering mencuit hati warganet yang menonton video-video mereka.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur selepas menonton perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Kawan dah stress bila cakap dia tua, kau ni Norreen buat2 tak faham kan, haha.. Kelakar betul lah kalau tengok perangai dua2 ni.. “
” Berdekah aku bila dengar baby cakap tak payah buat kerja, semak. Hahhaa terkedu terus si Norreen.. Setempek gitu je baby bagi yer.. “
” Kalau Norreen tak nyanyi, sampai kesudah tak tahu lagu apa.. Hahhaa baby, baby, cute sangat perangai tu.. Marah ke tak marah ni.. “
“Saya dapat agak dah baby nyanyi lagu apa tapi tiba2 saya lupa sebutan lirik yg sebenar.. Comel Baby bila dia marah, haha.. “
” Aku la si baby ni, memang sakit perut aku ketawe tau tak.. Hebat Norreen. Dia tau lagu apa. Klu dia tak nyanyi ak pn tak tau.. “
” Bab lagu tu memang kena tunggu Noreen translate kan semula, baru tau lagu apa.. Baby marah Norreen ke tu cakap banyak uban, hehe.. “
” Nasib baik ada Noreen translate Kan lagu baby nyanyi. Kalau tak natijen tak dapat nak detec lagu apo.. Hahahahah.. “
Amboi garang sungguh Baby apabila Norreen cakap Baby ada banyak uban. Walaupun garang, Baby tetap kelakar. Apa-apa pun, perkongsian video tersebut hanya lah sekadar gurauan Norreen bersama Baby dan semestinya mereka berdua begitu rapat serta saling menyayangi antara satu sama lain.

Silakan SHARE..
Sumber : Instagam norreen143
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ya Allah, sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Beliau mengalami beberapa kecederaan akibat.. “- Pengarah Hospital Tapah
-
Artis / Selebriti4 days ago” Uwais memiliki suara ibunya tetapi versi lelaki. Tone suara dia meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aurat kau cakap dengan dia sendiri lah, saya dah letih.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti7 days ago” I could not give you the years we lost, but.. ” – Azrinaz Mazhar Hakim
-
Artis / Selebriti5 days ago” As a mother, it was one of the most frightening moments i have experienced.. ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cantiknya anak Tok Adi, hidung terletak elok.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Anak dengan bapa sedap suara mantap. Suara Thalita macam suara arwah ibunya.. ” – Komen Netizen

