Artis / Selebriti
” Bella tak bagi YB tengok drama guys. Madnor mesti krik-krik tengok pasangan ni, haha.. ” – Komen Netizen
Video Bella Astillah tak bagi YB Syed Saddiq menonton drama terbarunya yang bakal ditayangkan buat ramai terhibur. Alamak, hilang fokus terus YB masa live. Punya lah nak tahu juga tajuk drama tu. Madnor kat sebelah dah krik-krik, haha..
Kisah percintaan antara pelakon, Bella Astillah dan YB Syed Saddiq bukan lagi rahsia. Kini pasangan ini dilihat semakin terbuka berkongsi momen kebersamaan mereka kepada umum. Setiap perkongsian yang melibatkan Bella dan YB Syed Saddiq juga sering menjadi perhatian serta perbualan hangat dalam kalangan warganet.
Terbaru, meninjau di akaun TikTok milik bassforever1, telah dikongsikan satu sesi video live yang memaparkan Bella bersama YB Syed Saddiq dan Madnor. Menerusi sesi tersebut, mereka dilihat sedang mempromosikan sebuah produk terkenal sambil berinteraksi secara santai bersama para penonton.
Namun begitu, apa yang mencuit hati warganet adalah apabila YB Syed Saddiq terbaca satu komen daripada seorang penonton yang meminta dirinya agar tidak lupa menonton drama terbaru lakonan Bella yang bakal ditayangkan di stesen televisyen RTM. Mendengar komen tersebut, YB Syed Saddiq terus bertanya apakah tajuk drama berkenaan.

Situasi menjadi lebih lucu apabila Bella dengan pantas menghalang dan meminta agar tajuk drama itu tidak perlu diberitahu kepada YB Syed Saddiq. Reaksi bersahaja Bella serta rasa ingin tahu YB Syed Saddiq mencetuskan suasana ceria dan menghiburkan sepanjang sesi live tersebut.
Tonton video di bawah ini :
@bassforever1
@bassforever1
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dan pelbagai respon telah diberikan warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Bella tak bagi YB tengok drama gaiss.. Madnor mesti krik2 dah tu tengok pasangan ni, ahahaa.. Cute lah Bella n Yb.. “
” Habislah Bella, lepas ni YB persoal kenapa Rindu Yang Terkhilaf, HAHAHAHA.. Kenapa tak Rindu Yang Betul.. “
” Mdnor be like: apa lah aku buat kat sini ek, macam tak ada function hahaha.. Harap bertabah lah Madnor.. “
” Jangan Bellaaa nnt Sampai lubang Cacing YB cari ye tajuk Drama.. Nasib last2 dapat juga tahu drama apa.. “
” Takda lah mgkn bella malu dgn lakonan dia je taklah bermaksud tak nak YB tengok,pasti juga byk yg hyp krg juga.. ”
” Comey BASS… Manis dipandang bila bersama… Cinta yg serasi dan bahagia bila bersama.. Semoga cepat naik pelamin.. “
” Hilang fokus terus nak berniaga ye yb, selagi tak tahu tajuk drama yang bellanya, hehehe.. Cute tengok muka yb cari komen tajuk drama bella.. “
Akhirnya YB Syed Saddiq mengetahui juga tajuk drama tersebut. Perkongsian video ini sekali lagi berjaya menarik perhatian warganet yang rata-ratanya terhibur melihat gelagat YB Syed Saddiq yang begitu teruja dan mengambil berat terhadap perkembangan kerjaya seni kekasih hatinya.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok bassforever1
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti7 days ago” Wah sweet sangat lagu Que untuk Faz ni. Lirik dia mendalam guys.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dulu mertua tak suka, sekarang Mama YB sayang betul pada Bella, Alhamdulillah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Orang kata bercinta usia usia macam ni lagi sweet. Arghh tersengih sengih kita.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Diganggu wanita misteri sebelum waktu berbuka.. ” – Fedtri Yahaya

