Artis / Selebriti
” Awal yer Soraya lock raya. Buat hal betul dia ni, haha.. ” – Komen Netizen
Elly Mazlein muatnaik video clip lama menyanyi lagu Hari Raya buat ramai terhibur. Amboi Kak Lina, awal benar nak beraya. Kapsyen tak nak kalah, sempat lagi puji diri sendiri. Lawak lah Kak Lina, haha..
Bagi yang mengikuti Elly Mazlein atau mesra dengan panggilan Kak Lina di akaun Instagram miliknya, pasti terhibur dengan setiap perkongsian oleh Kak Lina. Ada sahaja yang dikongsikan oleh Kak Lina untuk mencuit hati peminat atau pengikutnya.
Terbaru, Kak Lina ada memuatnaik video nyanyian satu ketika dahulu. Menerusi video itu, Kak Lina menyanyikan lagu raya yang bertajuk ‘Selamat Berhari Raya’ . Seloroh Kak Lina di ruangan kapsyen dengan menulis kata selamat hari raya dan mengajak semua memasak rendang.
Bukan itu sahaja, Kak Lina juga sempat berseloroh mengatakan sememangnya sejak dahulu lagi dia cantik, netizen sahaja yang lalai. Selain itu, ramai yang memuji penampilan Kak Lina menerusi video tersebut. Ada peminat yang berkongsi pengalaman pernah berjumpa Kak Lina dan mengakui Kak Lina memang seorang yang cantik.

Perkongsian terbaru oleh Kak Lina ini telah menarik perhatian ramai. Sehingga artikel ini ditulis, posting Kak Lina ini menerima ratusan komen dan lebih 13 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Lagu raya pun lagu raya lah Kak Lina, janji Kak Lina happy, hehe.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan terhibur dengan kapsyen yang ditulis oleh Elly. Antara komen-komen warganet adalah :
” Awal yer Soraya lock raya. Buat hal betul dia ni, haha. Tapi memang lawa betul Kak Lina dari dulu.. Manis je bersanggul rambut tu.. “
” Soraya kan nombor syatuuu awak.. Raya awal la dikkk. Tak mungkin nombor lashhh agitchuuu.. Fuhh menyala betul Soraya zaman muda2 dlu.. Auto rindu kampung dengar lagu ni.. “
” Dulu pernah jumpe depan2 Kak Elly mse tu kak elly dtg dgn arwah mak Kak Elly ke event di JB.. Mmg cntik sgt2… Soft je ckp.. “
” Kepom awal eh bagi kami semua mood raya awal hahaha skng semangat tu dah dtg awal 3 bulan.. Kak Kepom memang no syatu lah.. Nak balik kampung.. Rindu raya di kampung.. “
” Takkan tak lawo. Kak Lina dah lama rancang, netizen yang lalai. Music Valley sekarang dah jadi mall tau. Orang panggil Mid Valley, haha.. “
” Nk tau tak mse dulu2 mse mula2 top dulu Sy dgr suara Elly Mazlein iras siti. Mse tu Tokti muda lgi. Blom dpt pngkt dato. Tp suara Elly Mazlein mmg lunak merdu. Dh lh slim. Cantik. Suara sedap. Helok btollll.. “
” Cepat2 g chck kalender kot2 kita delay.. Menangis yg nk sambut krismas sbb kna overtake dgn raya, haha.. Bila mood raya Kak Elly tak mmyabar, layankn jelah ek.. “
Jadi tak keruan anak-anak di perantauan apabila dengar lagu raya yang dikongsikan oleh Kak Lina. Sampai ada yang komen nak beraya awal sebab rindu kampung halaman. Alahai, Kak Lina ni kalau tak buat kelakar memang tak sah. Ada sahaja ideanya nak bagi orang terhibur. Kak Lina memang nombor syatuuu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG iamellymazlein
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Keluarga3 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen

