Artis / Selebriti
” Auto sebak bila tengok part Watie c1um Dekta, penuh rasa kasih sayang.. ” – Netizen

Video Watie Hanifiah Menyanyi Bersama Anak Tirinya, Talita Buat Ramai Sebak. Syahdu Betul Tengok Cara Watie Layan Dekta, Penuh Rasa Kasih Seorang Ibu Untuk Puterinya !!
Kehadiran Watie Hanifiah telah melengkapkan semula kehidupan Shuib dan anak-anaknya selepas pemergian Allahyarham Siti Sarah. Pasangan ini sah bergelar suami isteri pada 23 Jun lalu dan majlis pernikahan mereka telah diraikan penuh gilang gemilang oleh semua ahli keluarga serta sahabat-sahabat rapat.
Umum mengetahui sebelum berkahwin lagi, Watie sangat rapat dengan anak-anak Shuib. Terbaru, meninjau di akaun Instagram, Watie telah memuatnaik video bersama anak perempuan Shuib iaitu Talita atau Dekta. Menerusi video itu, kedengaran Dekta telah meminta Watie untuk menyanyi.
Permintaan Dekta telah dituruti oleh Watie dan Watie telah menyanyikan lagu bertajuk ‘ Cinta Tak Harus Memiliki ‘ daripada kumpulan ST12. Ketika menyanyi, Watie sempat memegang tangan Dekta serta memintanya untuk menyanyi bersama-sama kerana lagu tersebut adalah lagu kesukaan Shuib.
Perkongsian video ini telah mengundang seb4k warganet. Ada yang meluahkan rasa terharu melihat cara Watie melayan Dekta dan mengakui gaya Watie saling tidak tumpah seperti arw4h Siti Sarah melayan anak-anak. Sehingga kini, video Watie bersama Dekta telah menerima ribuan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai perkongsian oleh Watie. Antara komen-komen warganet adalah :
” Auto seb4k bila tengok part Watie cium Dekta, penuh rasa kasih sayang.. Patut lah Shuib pilih Watie, pandai ambil hati anak-anak.. “
” Kita tak bole judge dia tanpa kita knl siapa dia.. Terserlah wajah keibuan di wajah Watie, suka tgk Dekta happy dpt mommy baru.. “
” Allahuakbar.. Dulu kan dekta masa arwah ibu meningg4l.. Aunty sed1h sgt.. Kesian kt Dekta.. Tapi now Alhamdulillah Dekta dh ada bff.. Aunty nmpk iklas sgt2 mommy baru ni.. “
” Allahukbar part momy cium Dekta terus akak nang1s dik.. Allahu.. Shuib tak salah memilih, yesss Watie plihan yg tepat pengganti arw4h melepas rindu anak2 kasih syg seorang ibu.. “
” Watie ni mcm madammu.. Syg n jaga ank² tiri mcm ank² sendiri.. Semoga melimpah ruah kasih syg buat ank² arwah Siti Sarah.. “
” Sedih pulak tgk.. Semga mummy Watie dpt jadi ibu yg baik utk anak2 Shuib. Diberi kesabaran yg tinggi utk sama2 mbesarkan anak2 arwah, amin.. “
” Nampak keikhlasan mummy pikul tanggungjwb sebgai seorg isteri, mummy yg terbaek.. Alhamdulillah.. Tumpang happy tengok.. “
Meskipun Watie bukan ibu kandung, jelas terlihat kasih sayang yang dicurahkan oleh Watie buat anak-anak Shuib bagai menatang minyak yang penuh. Maka tak hairanlah kenapa Watie menjadi pilihan Shuib untuk menjadi isterinya. Apa-apa pun didoakan semoga kasih sayang keluarga ini akan berterusan dan kekal sehingga ke syurga, amin.
Silakan SHARE..
Sumber : IG iamwatie
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Viral4 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu Shafnie Zainudin in one frame.. ” – Shafnie Zainudin