Connect with us

Artis / Selebriti

” Time dia geleng dengan angkat jari ‘no’ tu ger4m je tengok. Cerdik sungguh.. ” – Netizen

Video Sheila Rusly Merakam Gelagat Cucunya, Bunga Elhaq Sedang Meneran Untuk Buang Air Besar Buat Ramai Terhibur. Berkerut-Kerut Dahi Ye Bunga, Faham Apa Nanna Cakap. Siap Buat Isyarat Jari ‘No Camera’ Pada Nanna Lagi, Pandai Bunga !!

Sheila Rusly dan Jinggo memang rajin melayani cucu mereka, Bunga Elhaq. Setiap kali Elisya Sandha kesuntukan masa dan sibuk dengan penggambaran, Sheila dan Jinggo pasti ada untuk menjaga Bunga. Banyak lah video menarik Bunga setiap kali berada bersama nanna dan daddanya ini.

Meninjau entry di akaun Instagram Sheila Rusly, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Bunga yang sedang meneran untuk membuang air besar. Poo poo itu istilah yang biasa mak-mak gunakan untuk anak membuang air besar.

Comel sungguh ekspresi muka Bunga itu, berkerut-kerut dahinya. Apabila Sheila menegur bertanya apakah Bunga ingin poo poo, Bunga menggangguk-anggukkan kepalanya. Semakin bijak Bunga kerana Bunga faham apa yang dikatakan oleh Nannanya itu.

Bila Sheila mengatakan Bunga tidak boleh membuang kerana aksinya dirakam, Bunga membuat isyarat jari dan menggeleng kepala. Oh maksud Bunga jangan rakam, tergelak Sheila melihat telatah cucu kesayangannya ini. Muka cute tu membuatkan ramai yang ger4m melihatnya.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini telah pun meraih lebih 15 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” MasyaAllah pandainya dia faham apa nana dia caka haha.. Alhamdulillah bijak comel pulak tu.. punya la fokus sampai menitik air liur ye bunga haha.. ”

” Pandai geleng tu haha. No nana Bunga nak poo poo.. Nanna dadda pun, bunga nak poo poo yak fokus ni hehe.. ”

” Bunga pun pelik tengok dada & nana.. nk berak pun tak senang haha. Comel betul, bijak dia. Faham pulak tu, ger4m je.. ”

” So cute lah dia.. yang hairan dia faham apa yang nana dia cakap lah. npe comellllll sgt bunga ni.. adoi.. ulangΒ² tgk video ni.. ”

” Hahaha pandainya bunga … no record yer nana bunga nk po po hehe.. Cerdik sangat bunga ni, ger4m tengok. isyarat jari dia tu ‘ no, no ‘ .. ”

” Time dia geleng dgn angkat jari No tu ger4m je tengok.. Cerdik sungguh, pandai dia respon pada ayat nana.. ”

” Haha nak meneran pun serba salah haha.. Comelnya Bunga, cerdik tu yang ger4m kita tengok. Geleng kepalanya, angkat jari lagi.. bijak bijak.. ”

Seronok Sheila dan Jinggo melayan kerenah Bunga, muka nak meneran tu cute sangat lah Bunga. Part geleng kepala dengan angkat jari tu membuatkan warganet terhibur. Bukan sahaja makin besar makin cantik, tetapi makin cerdik juga. Semoga terus membesar dengan sihat dan bijaksana Bunga El-Haq.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sheila Rusly

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT