Artis / Selebriti
” Asal lah air mata mengalir tengok video ni Shuib.. ” – Netizen
Video Dedikasi Khas Shuib Sepahtu Buat Arwah Siti Sarah Raissuddin Buat Ramai Yang Menitik Air Mata. Sedihnya Bingkisan Shuib Tu. Tanda Cinta Shuib Untuk Sarah !!
Menerusi akaun Instagram Shuib Sepahtu, telah dikongsikan satu video yang memaparkan luahan hati Shuib untuk arwah isterinya, Siti Sarah Raissuddin. Diam tak diam, sudah 2 tahun lebih Siti Sarah meninggalkan Shuib dan anak-anak mereka, Uwais, Talita, Matin dan Ayash.
Betapa berharganya Siti Sarah buat Shuib dan rasa kasih serta cinta untuk Sarah tak akan ada penghujungnya sampai ke akhir hayat. Banyak adegan dalam video ini yang menyedihkan dan membuatkan warganet menontonnya dengan linangan air mata.
Sakitnya kehilangan sehinggakan Shuib pernah jatuh sakit kerana tersiksa dengan pemergiaan Sarah. Mujurlah ada keluarga Sarah yang turut sama membantu untuk Shuib bangkit kembali. Anak-anak juga terutamanya Uwais, Talita dan Matin memahami ‘syurga’ mereka sudah tiada.
Tulis Shuib di ruangan kapsyennya, ucapan terima kasih yang ikhlas daripada hati terhadap Siti Sarah kerana menjadi isteri yang solehah, ibu yang baik untuk anak-anak, anak yang baik untuk abah dan mak serta kakak yang terbaik untuk adik-adiknya.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini perkongsian oleh Shuib ini telah pun meraih lebih 18 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Kita jadi sedih pulak.. ” – Makder
” Shuib ni antara sbb dia murah rezeki sbb dia membdnarkam SS mnjdi anak yg baik kpd ibubapanya danadik bradik dia.. sesetengah suami tidak mengizinkan isteri memelihara ibubapa isteri alatah lg nk tolong adk bradik yg ssh.. isteri wajib taat kpd suami shj.. ”
” Antara satu satunya suami yang tak pernah lupakan arwah isteri walaupun dah tak ada dan berkahwin lain. Itu yang kita boleh nampak.. Beruntung sangat arwah dan watie dapat suami macam ni. Alhamdulillah, al fatihah.. ”
” Tak boleh klau dengan kisah arwah siti Sarah auto mngalir air mata… Al-Fatihah.. Semoga abang ib kuat menjaga anak anak & kak watie mami yang penyayang.. ”
” So touch by your love to your wife.. Rindu yg menyakitkan.. Allahu sedihhhhh, Al-Fatihah buat Arwah sitisarahraissuddin.. ”
” Ngeremang bulu roma nangga video tok. Sedih abis. Baruk selesai solat zohor, masih diatas tikar sejadah aku tok, al-fatehah (dbaca) buat arwah.. ”
” Teringat pd hari kejadian, seluruh peminat arwah bersedih diatas pemergian arwah siti yg amat mengejutkan. Seorg isteri yg manja & baik (kelakar at the same time perangeinya) seorg ibu yg baik & penyayang. Seorg penyanyi yg disukai & diminati ramai. Mekorg pun masih rindu ngn arwah smpey ke hari tok. Semoga arwah tenang disinun.. ”
” Asal lah air mata mengalir tengok video ni Ib. Aku nangis teresak-esak tengok video ni sampai akhir. rasa tu aku paham Ib sebab aku juga kehilangan insan tersayang.. ”
Sarah sememangnya seorang isteri dan anak yang solehah dan juga ibu mithali untuk semua anak-anaknya ini. Segala pengorbanan dan jasa Sarah semoga Allah balasnya dengan syurga di sana. Al-fatihah untuk arwah Siti Sarah dan semoga Shuib terus kuat meneruskan kehidupan.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Shuib Sepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ni menari sopan namanya bukan kayu. Cute macam Kpop dulu-dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Amira kena bahan dengan adik macam tu je. Gurau pun lembut je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Alaa sedih laa. Dulu Uncle Ajai bagi peluang kat ibu, sekarang Talita pula diajarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Adik Kak Long nyanyi lagu Abang Long. Ehem ehem.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Amad tarik masa chorus ‘semarakkanlah warna asmara’ boleh lawan Tokti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Rehearsal pun dah power. Lagu brazilian jazz ni, bukan semua orang boleh bawak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kemain menari sekali dengan mimik muka dan mata ye.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Haa jangan lah macam tu, ni semua Amira Othman punya pasal.. ” – Elly Mazlein