Connect with us

Artis / Selebriti

” Lawanya rumah, macam vila dah. Deco simple, kreatif betul.. ” – Netizen

Zahirah Macwilson Kongsi Video Dan Gambar Dekorasi Rumah Barunya Buat Ramai Teruja. Wah Cantiknya  Kemas Dan Teratur, Simple Tapi Elegant. Part Last Tu Lawak Lah Isaac. Takutkan Katak Terus Keluar Speaking Mat Saleh Dia !!

Sejak Zahirah Macwilson berkongsikan video rumah barunya yang pada waktu itu sedang dalam proses renovation, peminat sudah pun teruja untuk melihat keseluruhan rumah baru mereka ini. Besar dan luas, itu yang dapat digambarkan untuk rumah Zahirah dan Aiman Hakim Ridza.

Menerusi entry terbaru di akaun Instagram Zahirah, telah dikongsikan suasana di dalam rumah barunya ini. Walaupun dekorasi belum siap sepenuhnya dan masih lagi dalam proses memenuhkan semua ruangan, ianya sudah cukup membuatkan warganet teruja melihatnya.

Klik gambar untuk info..

Pandai Zahirah dan Aiman menyusun atur hiasan dalaman rumah mereka itu. Paparan majalah yang Zahirah dan Aiman pernah muncul sebagai muka hadapan diletakkan dalam sebuah rak berkaca. Selalu orang paparkan gambar sahaja tetapi pasangan ini ada idea yang lebih kreatif.

Zahirah turut berkongsikan gambar sudut luar rumahnya dan tidak ketinggalan swimming pool mereka. Part akhir video ini agak mencuit hati kerana dapat didengar suara Isaac menjerit memanggil Zahirah apabila melihat seekor katak di dalam air. Wah dapat dengar Isaac speaking dengan jelas kali ni.

Jom tonton video di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar dan video seterusnya )

Perkongsian oleh Zahirah ini sehingga kini telah pun meraih lebih 24 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Your home is gorgeous just like you.. You inspired me so much.. Salam Ramadan beautiful Mommy.. ”

” Belum deko penuh pun dah cantik rumah Zahirah ni. Nak tngok full view of sunken lounge.. full house tour please.. ”

” Wah ada yang tumpang swimming.. Frog nak berkawan swim dengan ijack tu haha.. POV katak healing haha.. ”

” Eeeee the frog.. Dlm kolam ada frog… takutnya.. haha.. oh my god, katak dah rasmi dulu kolam isaac.. so cute la isaac.. ”

” Thereee… its comingg to meeee haha. wah cantiknya dalam rumah Zahirah. Nak full tour.. ”

” Cantiknya deco simple macam tu, kreatif betul. The living room is such a vibe.. Lawa betul rumah yeee.. yang last tu isaac best speaking, ada slang lah. katak punya pasal, auto speaking london keluar haha.. ”

” That last part. Imagining how was isaac reaction haha. dia punya jerit tu terus cakap english ye isaac.. tiba-tiba ada katak tu funny.. ”

” Lawanya rumah.. Rumah macam vila dah.. Bercuti dekat umah sendiri je.. Lawanya lahaiii.. yang last tu sorry tergelak haha.. santai betul katak tu.. ”

Klik gambar untuk info..

Seronoknya warganet melihat dalaman rumah Zahirah yang menenangkan ini. Itu baru sedikit sahaja dekorasinya, sudah nampak cantik. Part Isaac menjerit gara-gara katak dalam kolam memang lawak. Habis lah kolam Isaac katak sudah rasmi dulu, hehe.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zahirah Macwilson 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT