Artis / Selebriti
” Biar betul, macam tak percaya. Hari ni baru aku tahu.. ” – Netizen
Video Temubual Amin Idris Kisah Hidupnya Di Konti Molek FM Curi Perhatian Warganet. Tak Sangka Perjalanan Hidup Amin Macam Tu. Ramai Yang Terkejut Kali Ni !!
Siapa tidak kenal dengan nama Amin Idris. Pengacara dan penceramah bebas ini cukup sinonim dengan program keagamaan dan banyak muncul di kaca televisyen. Namun di sebalik siapa Amin Idris sekarang, tidak siapa sangka Amin ada kisah hidup yang penuh berliku dan Amn rupa-rupanya seorang mualaf.
Menerusi akaun Tiktok Molek FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temubual Amin bersama penyampai Molek FM bercerita mengenai kisah hidupnya. Bukan mudah untuk melalui kehidupan pada usia kecil tanpa seorang bergelar ayah kata Amin.
Amin turut mendedahkan, dia masuk Islam ketika berusia 4 tahun dan ibunya sendiri tidak pandai untuk mengajari ilmu agama. Pengalaman hidup mengajar Amin. Mula memasuki sebuah sekolah agama di Kelantan, Amin pada awalnya terkebil-kebil kerana tidak tahu mangambil wuduk.

Dirinya juga pernah diketawakan kerana solat Zohor 8 rakaat dengan 1 salam. Masa mengubah Amin dan hasil mengikuti usrah dan kelas-kelas agama, Amin menjadi Bro Amin Idris sekarang yang ilmunya penuh di dada. Kisah hidup yang banyak pancaroba tetapi itu menjadi penyebab berdiri utuhnya Amin kini.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@molekfm Masyaallah baru tahu @Amin Idris masuk islam umur 4 tahun sek awok weh!! 🥹 tapi nakal jugok dih abdo Amin jamey- jamey budok dulu 😜 #MolekFM #MolekPagiDuo #DJNazz #Qila #aminidris
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Maaf bertanya Amin Idris ni bangsa apa ya. baru tau dia asal non muslim. Alhamdulillah, diri Amin sekarang lebih baik dari kita yang asal muslim.. ”
” Aku baru tahu dia mualaf , ingat keluarga dia memang dah islam dari azali. alhamdulillah , ustaz dah sekarang.. ”
” Baru tahu hari ni. bukan sebab nama dia yang ingat dia islam dan melayu… tapi muka dia pun nampak kemelayuan dia… jadi org x terpikir dia mualaf dlu.. ”
” Laaa, saya pon baru tahu ustaz amin idris ni mualaf.. alhamdulillah sekarang ni bro Amin seorang yang hebat.. ”
” Ingat dia melayu muslim, baru tahu.. Alhamdulillah, tahniah buat mak dia.. kepayahan waktu kecil untuk istiqomah dalam agama hasilnya amin dah jadi seseorang sekarang.. ”
” Masha Allah hidayah milik Allah swt.. hari ni baru aku tahu dia covert masuk Islam. Alhamdulillah.. sekarnag dah jadi orang hebat dan berilmu.. ”
” Biar betul, macam tak percaya.. Alhamdulillah . sy ingat bro amin,mmg lahir-lahir islam.. Mashaallah.. ank mualaf yang kini berjaya dan antara insan yang hebat dalam agama.. ”
Alhamdulillah, siapa sangka dari seorang mualaf menjadi ‘seseorang’ sekarang. Kisah Amin yang boleh dijadikan iktibar dan inspirasi kepada semua. Semoga Allah sentiasa rahmati dan pelihara iman Amin serta dikurniakan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Molek FM, IG Amin Idris
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Keluarga2 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen



