Viral
” Anak solehah. Dia ada impian lain, tapi demi memenuhi impian ibu, dia usahakan.. ” – Komen Netizen
Video ibu kepada mangsa nahas bas UPSI, arwah Nur Dalila Farhana bercerita mengenai anaknya buat ramai sebak. Contoh anak yang taat dan solehah. Sedihnya dengar perkongsian ibu Dalila ini..
Satu negara masih lagi berduka dengan nahas yang meragut 15 orang pelajar Universiti Pengajian Sultan Idris pagi Isnin lalu. Banyak video mengenai kenangan dan kebaikan pelajar-pelajar yang telah dijemput Ilahi ini dikongsikan di media sosial oleh ahli keluarga dan juga sahabat baik mereka.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Berita Alhijrah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temubual pihak wartawan bersama ibu bapa salah seorang mangsa bas UPSI yang terkorban, arwah Nur Dalila Farhana Mohamad Isma iaitu Puan Norinda Kasim dan Encik Mohamad Isma Abdul Manaf.
Puan Norinda berkongsi cerita sikap Dalila yang membuatkan hatinya sebak. Kata Puan Norinda, Dalila meneruskan pengajian di UPSI kerana permintaannya ingin melihat Dalila menjadi seorang guru. Dalam keadaan menangis, Puan Norinda menceritakan peristiwa itu.

Ayah Dalila juga memberitahu, Dalila tidak sahaja anak yang baik tetapi juga pelajar yang baik di sekolah. Guru-guru memuji Dalila kerana sikap baiknya itu. Hati ibu mana yang tidak sedih apabila anak pergi tanpa pesan seperti ini, namun apa yang telah terjadi semuanya sudah tertulis.
Jom tonton video di bawah :
@beritaalhijrah114 ‘Mak nak ke orang jadi cikgu’. Norinda Kasim, ibu kepada Allahyarham Nur Dalila Farhana Mohamad Isma, pelajar UPSI yang maut akibat kemalangan bas di Gerik berkata anaknya itu memilih untuk menjadi pelajar dalam bidang perguruan bagi memenuhi permintaannya. Ikuti Berita AlHijrah di pelbagai platform media sosial https://linktr.ee/beritaalhijrah dan layari www.alhijrahnews.com untuk berita-berita terkini dalam & luar negara
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 200 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :
” Yg pergi bukan yg biasa-biasa… yang mentaati perintah ibu bapa, yang taat pada agama.. semua yg Allah ambil semua yg ada kisah hidup yg baik2,baiknya Allah.. “
” Anak solehah. dia ada impian lain, tapi demi memenuhi impian ibu abah dia usahakan. Cantik arwah adik ni. Smoga syurga tempat mu dik.. “
” Baiknya arwah.. semoga nur dalila farhana ditempatkan dikalangan orang orang beriman. anak2 yg baik… taat Ada ibubapa… Al Fatihah… Aamiinn.. “
” Anak dia pergi dalam keadaan fisabilillah, menuntut ilmu tu jihad. Insya Allah, anak yg baik, dapat ganjaran yg baik dengar cakap mak.. “
” Anak yang baik, patuh je cakap ibu walaupun dia tak minat.. makcik … jgn rasa bersalah ye .. mungkin ini salah satu doa makcik nak anak solehah.. “
” Makcik,anak makcik hebat anak solehah mendengar kata, jangan slhkan diri makcik..dia kejar redho makcik untuk jadi seorang guru walaupon x sempat, rupanya Allah nak bg syurga kat dia.. “
” Hmm sedihnya, mak ayah arwah pun lembut je cakap.. anak yang baik ikut kemahuan ibu.. dia pergi dlm keadaan redha ibubapa dia.. “
Taatnya seorang anak kepada ibunya dan sebaik mungkin Dalila cuba memenuhi permintaan ibu tersayang. Sudah tertulis di luth mahfuz, itu pengakhiran hidup Dalila dan perginya dalam redha kedua ibu bapa. Semoga arwah Dalila tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang orang beriman.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Berita Alhijrah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ya Allah, sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Uwais memiliki suara ibunya tetapi versi lelaki. Tone suara dia meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Terpukau dengar, tambah tengok dia dance tu, aww cair weh. Sampai melopong Dato’ AC.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aurat kau cakap dengan dia sendiri lah, saya dah letih.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti4 days ago” I could not give you the years we lost, but.. ” – Azrinaz Mazhar Hakim
-
Artis / Selebriti6 days ago” Handsomenya Bilal, makin besar, makin handsome. Cair tengok Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mr E bagi great huge hint pada Erra tu. Time ni le dia buat muka dengan ayat kesian dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dah ler handsome, suara pun best dengar. Tak kaku atas pentas tu.. ” – Komen Netizen

