Connect with us

Artis / Selebriti

” Anak Erra ni tak mekap pun lawa. Natural beauty.. ” – Netizen

Video Terbaru Anak Erra Fazira, Engku Aleesya Bersama Sahabat Baik Erra, Anwar Arshad Raih Perhatian Ramai. Alahai Aleesya Pun Dah Jadi Bestie Uncle Anwar Nampaknya. Makin Cantik Lah Aleesya Ni !!

Sebut sahaja nama Engku Aleesya, pastinya akan mengingatkan warganet kepada ibunya, primadona Melayu Erra Fazira. Mesra dengan panggilan Aleesya, anak tunggal Erra ini kini sudah pun 14 tahun usianya. Sebagaimana ibunya, Aleesya juga memiliki wajah yang cantik dan sedap mata memandang.

Meninjau akaun Tiktok Anwar Arshad, telah dikongsikan satu video terbaru Aleesya. Anwar yang merupakan sahabat baik Erra ini juga adalah pengasas supplement kecantikan yang mana Erra bertindak sebagai duta produknya. Ini membuatkan Aleesya juga begitu akrab dengan Anwar.

Klik gambar untuk info..

Di ruangan kapsyen Anwar menulis ‘ A day with my bestie ‘ . Melihat wajah Aleesya ini, ramai yang memuji Aleesya semakin cantik. Tidak seperti remaja lain, Aleesya lebih selesa tampil tanpa sebarang solekan dan berpakaian yang sangat simple.

Dengan ketinggian yang Aleesya miliki itu, warganet menyifatkan Aleesya ini bakal menjadi secantik Erra apabila dewasa nanti. Pastinya ramai yang tidak puas melihat wajah polos Aleesya itu. Nampak gembira Aleesya sepanjang outing bersama sahabat mommynya ini.

Jom tonton video di bawah :

( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )

@anwararshad_

A day with my bestieee 🫣🫣🫣 #anwararshad #fyp #fypシ #errafazira @Fazira Wan Chek

♬ เสียงต้นฉบับ – Anak Kucing 🇵🇸 – Anak Kucing 🇵🇸

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih hampir 5000 tanda suka. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan bersama pembaca :

” Anak erra ni tak mekap pon lawa, budak sekarang semua mekap tebal seinci aku yang rasa rimas.. Aleesya bagus tak makeup.. ”

” Baru perasan bila senyum macam Erra sebijik.. amboiii ni pujuk anak ni ksn haha.. amik hati anak dulu baru mak hehe.. ”

” Ada rasa macam dating dengan Erra tak hehe.. comel la Aleesya ni.. bagus anak dara erra pakai simple je keluar jalan-jalan. natural beauty tanpa make up.. ”

” Sempoi je Aleesya, suka tengok dia. Cantik sebijik mak dia satu hal. dia pun sama, natural beauty tak yah tepek makeup untuk bagi nampak cantik.. ”

” Realiti cantik rupa paras dan hati budi kelakuan pun sopan je.. bagus anak erra ni.. love erra.. cantik dia ni muka macam Erra betul.. ”

” Anak erra ni kan serius lagi lawa dari mak dia… erra dah la lawa, anak dia lagi lawa… comel sangat Aleesya.. ”

” Baik baik, jangn kacau dia makan. mak dia ada dekat belakang tu perhati anak dia hehe. makin besar makin cantik tau Aleesya ni.. sedap mata memandang.. ”

Klik gambar untuk info..

Cantik sungguh Aleesya, natural beauty sama seperti ibunya. Apa-apa pun, semoga Aleesya sentiasa gembira dengan kehidupannya, dikurniakan kejayaan dalam pelajaran dan menjadi anak yang solehah serta berbakti kepada kedua ibu bapa apabila dewasa kelak.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Anwar Arshad, Tiktok Fazira Wan Chik

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT