Artis / Selebriti
” AllahuAkbar sedihnya, ujian seorang anak. Menangis sama kita dengar.. ” – Netizen

Perkongsian Suasana Di Konti Zayan FM Ketika Mendengar Cerita Seorang Caller Yang Dibenci Oleh Ibu Kandung Sendiri Buat Ramai Sebak. Menyayat Hati, Betapa Hancur Hati Seorang Anak. Respon Ustaz Izzhar Lagi Buat Air Mata Mengalir Laju !!
Menerusi akaun Instagram Zayan FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan team Zayan menerima panggilan daripada seorang pendengar bernama Anne. Wanita ini bercerita kisah hidupnya yang dibenci oleh ibu kandung sendiri sejak kecil sehingga lah sekarang.
Betapa hancurnya hati seorang anak apabila sang ibu selalu menyisihkan dan menunjukkan kebenciannya. Kata Anne, segala-galanya dilakukan untuk ibu tetapi ibunya tetap membenci dan membandingkan diri Anne dengan adik beradik yang lain.
Bukan hanya Anne yang menangis tetapi Ustaz Izzhar Nazri yang bertindak sebagai penasihat juga tidak mampu menahan air matanya. Sambil Ustaz Izzhar menasihati Anne dan memberikan kata-kata semangat, laju air mata Ustaz Izzhar mengalir di pipi.
Kata Ustaz Izzhar, syurga ini ada 7 pintu dan salah satunya adalah untuk anak yang taat kepada kedua ibu bapa. Pintu yang Allah sediakan untuk anak-anak yang dibenci dan disisih seperti Anne tetapi tetap menjalankan tanggungjawab sebagai anak kepada ibu bapa.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini membuatkan ramai yang turut sama berjurai air mata menontonnya. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan bersama pembaca :
” Ibu kena sedar ye, ada juga istilah ibu derhaka. Jangan ingat kau ibu, kau besar kerana ALLAH itu Maha Besar.. ”
” Baiknya dia saat akhir online masih minta ustaz doa Mak dia. Ya Allah Ya Rahman Ya Allah Ya Rahim.. Kurniakan limpahan kasih sayang mu kepada hamba mu ni serta kurniakan kasih sayang Anak & Ibu buat insan ini.. ”
” Terharu tengok dia menangis sebab jarang-jarang orang nasihat tapi dalam masa sama dia faham situasi orang tu.. kita pun menangis sama dengar.. ”
” Anak yang hebat, even dibenci ibu tetap doakan yang baik untuk mak. Allahuakbar pintu syurga paling mahal.. sabar di dunia, bahagia di syurga.. ”
” siapa yg alami perkara begini saja yg tahu perasaan nya rasa tersingkir dari ibu srndiri.. Tak tergambar di fikiran bagaimana rasa benci anak kandung itu. ”
” Allahuakbar sedihnya, Ujian seorang ank Bukan bila diuji dgn Mak yg sakit shja … Mak yg perangai sebegini juga ujian buat seorang ank… smuanya bermain dgn emosi.. ”
” Tak pasal-pasal bergenang airmata. Dengar cerita caller memang berjurai, tengok ustaz menangis lagi banjir kita.. beratnya terasa sakitnya hati sang anak yang dambakan kasih sayang ibu.. ”</strong
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Seksanya sebuah hati yang mendambakan kasih sayang seorang ibu, dibenci dan dicerca tetap Anne mendoakan yang terbaik untuk ibubya. Semoga Allah) membukakan hati ibu Anne untuk berubah dan Anne mendapat apa yang diimpikan. Insha Allah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Zayan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Mak, along nak rampas dia punya kekasih mak. Dia cuba caras, pakai kasut Fattah mak.. ” – Betty Rahmad
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Bunda kata amazing, memang power, international singer. Nak nangis dengar, serius meremang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Liza Aziz rap terkeluar style Almarhum ibunya, Normadiah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Feeling betul Kak Long menyanyi lagu Abang Long. Best sangat suara tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Semakin berat hint daripada abang Long Fattah. Jelas sangat tu, takde cover dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Mata masuk habuk lah, touching tengok video ni. Sayang betul Matin dengan mummy dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Masuk air betul lah Sharnaaz, berdekah Ameera kena sakat, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Aku baca komen semua, engkau ni kahwin paksa Fikry. Kau kena betulkan benda ni.. ” – Ain Edruce