Artis / Selebriti
” Alahai comel mengantuk tapi lapar. Tersengguk pun comel.. ” – Netizen
Nadzmi Adhwa Kongsi Video Anaknya, Arwa Malaikha Urwa Mengantuk Ketika Makan. Ish Urwa Mata Dah Nak Pejam Tapi Mulut Tetap Nak Mengunyah. Cute Sangat Gaya Mamai Tu !!
Sudahpun berusia 8 bulan, Arwa Malaikha Urwa membesar dengan sihat. Seperti bayi-bayi lain, Urwa juga banyak menunjukkan perkembangan yang positif dari sehari ke sehari. Pasti ada sahaja gelagat Urwa yang membuatkan Adhwa dan Ardell tergelak.
Hasil tinjauan kami di Instagram Nadzmi Adhwa, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Urwa ketika disuap makanan. Urwa yang didukung oleh Adhwa ini kelihatan sudah mula mengantuk, namun mulutnya masih tetap dibuka untuk makan.
Adhwa menulis di kapsyennya supaya peminat memilih antara 4 jawapan samada Urwa ini lapar, betul-betul mengantuk, inginkan perhatian ataupun mahu adik. Melihat gaya Urwa yang sebentar pejam dan sebentar celik ini memang boleh jadi ger4m dengan kecomelannya.

Ibu bapa lain juga pastinya ada kenangan anak seusia Urwa yang membuat peranga1 sebegini. Apa sahaja gelagat anak kecil atau bayi pasti akan membuatkan semua suka melihatnya. Bila perut lapar tetapi mata sudah mengantuk begitu lah jadinya.
Jom tonton video di bawah :
Reaksi wajah Urwa yang menahan mengantuk sambil makan ini menarik perhatian dan mendapat banyak komen berbentuk emoji suka daripada peminat. Antara komen-komen mereka yang dapat dikongsikan :
” Hahahha alahai comel ni la. Ngntuk tpi lapar. tersengguk pun comel, Umi masak sdap sampai rasa di kayangan Hehe.. “
” Ala comel nye, bau abi tu makin ngantuk di buat nya. akal ayh dia boh jwapn D tu haha.. “
” MashaAllah comelnyaa urwa malaikha.. mengantuk sangat tu urwa. cute sgtlah muka ngantuk tu urwa malaikha.. “
” Saya lapar tapi mata saya ngantuk be like haha. Ala comelnya dia ger4m untie tengok budak Urwa ni.. “
” Ngantuk tapi lapar haha. Jawapan nya 2 in 1 ..makan sambil tidor. Ayah Urwa nak jwpn D kn? Ekeke.. “
” Alolo ngantuk sangat dah tu.. ummi abi bul1 baby ye.. Mengantuk tapi perut lapar .. hehe comey.. “
” Ala tomelnya, ngantuk sngt ye syng tapi makan tetap makan. Adeh Umi ngan abi dengk1 lah.. “
” Biasa yg gini dia mengantuk, tapi nak mamam lagi. comel sangat Urwa anak solehah ni.. “

Mata sudah nak pejam pun mulut masih gagah dan menganga untuk makan. Kelakar namun comel sangat gelagat Urwa ini. Pastinya Abi dan Umi akan teringat selalu kenangan ini apabila Urwa sudah besar. Apa pun, semoga Urwa membesar dengan sihat selalu dan jadi anak yang baik.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Nadzmi Adhwa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dulu saya ingat saya seorang je lah ada perangai.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti1 day ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Susah nak tengok Hadie marah. Bila ada yang mengutuk Sallman, terus keluar perangai garang Hadie.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Nyanyi lagu Cicak pun sedap. Tak boleh tahan gelak tengok mata Afwa, kelakar sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman


