Artis / Selebriti
” Ala comelnya ‘I was sick’. Speaking London Ayash, bijaknya dia.. ” – Komen Netizen
Watie Hanifiah kongsi voice message Ayash Affan mengadu demam buat ramai geram. Alahai comelnya suara Ayash, pandai mengadu kat mummy. Bukan main lagi slang mat saleh dia, cute sangat Ayash ni..
Ayash Affan yang merupakan anak bongsu peninggalan arwah Siti Sarah Raissuddin seringkali menjadi perhatian warganet. Ayash yang kini sudah berusia 4 tahun menceriakan hati seisi keluarga dengan gelagatnya yang comel. Walaupun sebelum ini Ayash mempunyai masalah dalam percakapan, namun sekarang Ayash sudah petah.
Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagram Watie Hanifiah, telah dikongsikan satu video yang memperdengarkan voice message daripada Ayash. Cerita Watie, dia terlelap awal pada malam itu dan apabila terjaga, Watie mendengar mesej suara yang sangat comel daripada Ayash.
Ayash memberitahu dirinya kini sedang demam. Ayash juga mengadu mengatakan dia berasa sejuk. Apa yang menariknya Ayash bercakap dalam bahasa Inggeris dan membuatkan ramai yang geram mendengarnya. Pandai betul hero kesayangan mommy Watie ini mengadu.

Watie memohon semua yang mendengar suara Ayash ini mendoakan agar Ayash cepat sembuh. Sempat juga Watie bergurau mengatakan pastinya Ayash sedang tidur di bawah ketiak nenek Salmi. Ayash sememangnya manja dengan nenek Salmi kerana sudah dijaga oleh neneknya itu sejak masih bayi lagi.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 15 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Cute kan suara Ayash.. Alaaaaaa geramnya comellll ayash.. I was sick.. speaking London ayash.. bijaknya dia.. “
” Aww syomelnyaa suara dia.. cepat sihat ayash.. Syafakallah ayash.. smga cepat sihat dan ceria spt sediakala. Aamiin.. “
” Moga cepat sembuh Ayash. Aamiin Subhanallah comel sgt suara Ayash. syg sgt dgn Mommy. Ayash dpt merasakan kasih syg seorg ibu dr Mommy Watie.. “
” Cutenye suara.. moga cepat sembuh ye cute boy.. Ya Allah berilah kesembuhan buat Ayash. Semoga menjadi anak yg cerdik pandai dan berjaya dunia akhirat… Aamiin Ya Robbal Alamiin.. “
” Aloooo comel sangat ayashhhh.. geram je dengar suara Ayash tu.. cepat sihat budak comel.. ayash clever boy la you.. “
” Kak watie terima kasih jadi ibu yang baik untuk mereka semua . Semoga kak watie sentiasa di dalam rahmat Nya.. “
” Ayash, ala cair hati kita.. cute sangat ni mengadu dekat mummy dia demam.. speaking london tu geram dengar.. “
Semakin bijak Ayash bercakap dan percakapannya sangat sweet untuk mommy tersayang. Sejuk hati mendengar suara comel Ayash. Semoga Ayash menjadi anak yang soleh, anak yang membawa seribu kegembiraan untuk kedua ibu bapanya dan berjaya dunia akhirat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Watie Hanifiah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti3 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dulu selalu tengok Rina makan, sekarang tengok Rian pula.. ” – Komen Netizen

