Artis / Selebriti
” Aku menangis teresak-esak, sebijik suara Arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen
Video persembahan Thalita bersama Hazama di konsert minggu ke 4 Talk To My Manager buat ramai tersentuh. Ramai yang menangis, termasuk juri. Part last yang Thalita tak mampu tahan rasa sebak tu sedih sangat..
Semalam telah berlangsungnya konsert minggu keempat program realiti Talk To My Manager yang bersiaran di saluran Astro. Antara peserta yang sering dinantikan ialah Thalita iaitu anak kepada Shuib Sepahtu. Pada minggu ini Thalita membawakan lagu berjudul Terakhir Buat Teman.
Thalita berduet bersama Hazama yang sememangnya penyanyi asal tersebut bersama arwah Siti Sarah. Lagu ini merupakan kali pertama dinyanyikan secara langsung kerana Hazama tidak mahu menyanyikan lagu ini selepas pemergian arwah Siti Sarah.
Penyampaian Thalita pada malam tersebut membuatkan ramai penonton merasa meremang kerana suaranya sangat mirip dengan suara arwah ibunya. Ia telah membuatkan ramai menitiskan air mata termasuk para juri. Sangat merdu nyanyian Thalita.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 10 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Nyanyian Thalita ini seolah-olah mempunyai roh arwah ibunya, sangat menyentuh hati apabila skrin di belakang memaparkan wajah arwah Siti Sarah.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Penyambung legasi Siti Sarah rinduuu nyaaaa dekat arwah. pleasee konsisten and make it to the finals and JADILAH JUARA .. “
” Wehh sebijik suaraaa Arwah Siti Sarah tahniah Thalita, walaupun nangis but your voice in control lagi, terlalu huge improvement awak daripada zaman mula menyanyi di Bukit Bintang dulu.. “
” Aku menangis teresak2. Al fatihah buat arwah siti sarah dan yg lain. Btw dekta nyayi sedapppp gilaaaa mcm tgok ibu nya dkt stage.. “
” Bila teringat sejarah lagu ni memang even hazama pun pernah cakap dia tak akan nyanyi lagu ni.. Dia ni vokal dia mmg ada displin.. sbb atuk dia mmg boleh ajar nyanyi.. so antara semua dia ni dlm list pemenang.. “
” Belum nynyi dh terasa .. Thalita Buka mulut terus mengalir air Mata .. Xleh nk ckp pape.. nmpk dekta kt pentas je belom klua suara dh menitis air mata.. “
” Nampak arwah siti sarah yg menyanyi.. semoga thalita terbang tinggi lepasni. Thalita buat i hujan lebat malam ni . . Bukan sebab bawang . . Keep it up Thalita . . “
” Lagu ni lagu terakhir sebelum arwah siti sarah pergi time PKP. Nak ikutkan lagu ni agak berhantu ye sebab komposer, penulis lagu, penulis lirik sampailah ke penyanyi untuk lagu ni semua dah meninggal dunia.. “
Thalita sememangnya mempunyai bakat dalam bidang nyanyian dan semakin hari persembahannya semakin memukau ramai. Semoga Thalita dapat membuat persembahan yang terbaik pada minggu seterusnya sehingga ke final nanti. Good luck Thalita.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Astrogempak, f8buzz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedapnya Hussain nyanyi lagu klasik. Jarang orang muda boleh nyanyi mendayu-dayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Part Hussain nyanyi tu memang padu habis lah dia tarik. Tapi bila turn Bos Mydin, berdekah aku, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Selangkah je lagi Jayden. Dah dekat tu baby, tak tertinggal jauh dah dengan Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lama betul ni tak nampak, betul-betul berubah. Dah ada leher lah Shuk.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” I made my parents so proud with my performance.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti4 days ago” Fitnah dah semakin melampau. Awak seperti ada access semua personal melibatkan saya dan bekas isteri.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya tak cakap Hussain nyanyi tak bagus. Hussain bukan vokal spec competition tapi.. ” – Ajai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wow, ngam pulak duet 2 beradik ni. Sedap sangat, legasi Papa Meng.. ” – Komen Netizen

