Artis / Selebriti
” Aku makan, roti tu pammm jatuh.. ” – Syamsul Ghau Ghau
Video Syamsul Ghau Ghau kongsi cerita kejadian yang berlaku sehari sebelum dimasukkan ke hospital akibat darah beku dalam otak. Fuh, begitu rupa-rupanya kejadian, dengar pun rasa takut..
Baru-baru ini, pelakon dan pelawak veteran, Syamsul Ghau Ghau telah mengejutkan ramai pihak apabila dimaklumkan mengenai dirinya yang dimasukkan ke hospital akibat pendarahan di dalam otak dan terpaksa menjalani pembedahan. Berita tersebut nyata mengundang kebimbangan dalam kalangan peminat serta rakan-rakan selebriti.
Terbaharu, menerusi perkongsian di akaun TikTok milik radio Sinar, geng Sinar dilihat telah menziarahi Syamsul yang kini sudah pun berada di rumah selepas selesai menjalani rawatan. Menerusi video-video yang dikongsikan, Syamsul turut berkongsi pengalaman serta detik cemas yang dialaminya sehari sebelum dimasukkan ke hospital.
Menurut Syamsul, pada awalnya dia merasakan tangannya kebas dan badannya berasa tidak selesa. Keadaan itu menjadi lebih membimbangkan apabila roti yang dipegangnya terjatuh secara tiba-tiba ketika dia ingin makan hingga membuatkan dirinya terkejut dengan perubahan yang berlaku pada tubuhnya.

Keesokan harinya, Syamsul bersama isterinya telah pergi ke sebuah klinik untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut. Namun begitu, doktor yang memeriksanya menasihatkan agar Syamsul segera dirujuk ke hospital kerana keadaannya memerlukan rawatan dan pemantauan rapi.
Tonton video di bawah ini :
@sinar_my Replying to @Waiyu Tadi, Paksu @paksu_shamsul_ghaughau sempat berkongsi sehari sebelum beliau dimasukkan ke hospital, tangannya seperti tidak berdaya bahkan pegang roti pun sampai terjatuh kata beliau. #SINARKongsi #SINARMuzikRetroTerbaik #fyp #viral #foryoupage
@sinar_my Replying to @KucingHutan Semalam, Paksu @paksu_shamsul_ghaughau berkongsi bahawa ketika PU @rahmat.sumud.nusantara dan Imam Muda @asyrafridzuanofficial datang menziarahinya, beliau berada dalam keadaan yang sangat lemah. Paksu bersama isteri turut mengesahkan terdapat darah beku di bahagian kiri kepalanya. #SINARKongsi #SINARMuzikRetroTerbaik #fyp #viral #foryou
@sinar_my Replying to @𝑲𝒂𝒚 𝑺𝒂𝒓𝒂 Isteri @paksu_shamsul_ghaughau berkongsi, bahawa kaedah yang digunakan untuk mengangkat darah beku dari dalam otak kiri Paksu ialah ‘Thrombectomy’ agar aliran darah dapat kembali lancar. #SINARKongsi #SINARMuzikRetroTerbaik #fyp #foryoupage #foryou
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Semoga terus sihat. Semoga anak saya, ayah saya, dan seluruh ahli keluarga saya juga kembali sihat, sembuh dari segala penyakit.. “
” Alhamdulillah sedar awal… Kena hati2 lepas ni moga dipermudahkan semua urusan Paksu Syamsul, kembali sihat seperti sediakala.. “
” Canggih sungguh teknologi sekarang ye… Alhamdulillah semoga paksu terus sihat utk kembali berdakwah dan baik2 selalu…Insyaallah .. Amin.. “
” Buat thrombectomy rupenye.. Semoga selepas ini paksu cepat sihat dan happy selalu ya.. Nampak dah makin sihat tu.. “
” Berkerut dahi aq dgr citer nih sb terasa cm ngilu bdn aq… Hebat dunia pembedahan skg… Jd klo kos ny tinggi kita kene faham bkn hentam.. “
” Alhamdulillah wife paksu cepat2 bertindak bawak pi hospital… And rsnya hpupm pesakit tak seramai hospital serdang jusg kt sebelah tu… “
” Bagus isteri sptutnya mcm ni laa dan bgus jga cara Dr tu explain kt relative any procedure dorang faham.. Salute.. “
Isteri Syamsul, Sharifah Azrinah Syed Ibrahim turut berkongsi mengenai prosedur pembedahan yang dijalani suaminya akibat pendarahan di bahagian otak kiri. Perkongsian tersebut telah menarik perhatian warganet yang tidak henti-henti mendoakan agar Syamsul diberikan kesembuhan sepenuhnya dan kembali sihat seperti sediakala.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok sinar_my
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Saya tak cakap Hussain nyanyi tak bagus. Hussain bukan vokal spec competition tapi.. ” – Ajai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Salah tu memang salah lah, tapi nak buat macam mana kan. Orang dah.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Thank you for giving me the family I have always prayed for.. ” – Suami Nelydia Senrose
-
Artis / Selebriti7 days ago” Lunak lenggoknya, memang kena dengan jiwa ghazal. Melekat terus sampai ke telinga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku hati dah tak sedap dan memang bila aku bawak Sarah turun.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti5 days ago” Boleh dia jawab ‘thats how conversation works’. Banyak auta anak jantan aku ni.. ” – Noor Nabila
-
Artis / Selebriti6 days ago” So tak salah pun bila saya nak cakap macam tu, bagi saya agak salah lah kalau.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Terus tukar bin, cute and clever boy lah Seth. Very the Shila Amzah.. ” – Komen Netizen

