Artis / Selebriti
” Kini, Februari berubah menjadi bulan yang paling saya takuti.. ” – Ridzokumura
Perkongsian terbaru Ridzokumura setelah ketibaan bulan Februari buat ramai tersentuh hati. Terlalu banyak kenangan buat Ridz dalam bulan Februari. Semuanya terjadi dalam bulan Februari. Sebaknya baca..
Bagi Ridz Okumura, Februari bukan sekadar bulan kedua dalam kalendar. Ia pernah menjadi bulan yang paling dinantikan kerana ia bulan yang sarat dengan senyuman, doa dan cinta. Bulan Februari tersimpan hari lahirnya, hari lahir anaknya Sky, serta kenangan cinta yang dibina bersama isteri tercinta, arwah Akiko.
Namun kini semuanya sudah berubah, hari ini bulan Februari menjadi bulan yang paling ditakuti oleh Ridz. Terlalu banyak tarikh yang hadir bersama luka. Terlalu banyak kenangan yang kembali tanpa sempat dipeluk dengan tenang. Dan terlalu banyak kehilangan yang harus dihadapi dengan hati yang cuba bertahan.
Sejak pemergian arwah isterinya dalam bulan Febuari, kehidupan Ridz kini sudah tidak seperti dahulu. Bulan Febuari bukanlah bulan yang dinantikan buat Ridz seperti sebelum ini. Bulan ini membuatkan dirinya terasa rindu akan arwah Akiko.

Perkongsian Ridz ini telah membuatkan ramai netizen berasa tersentuh hati dan sebak. Ramai yang mendoakan agar Ridz sentiasa tabah dengan dugaan yang dilaluinya dalam kehidupan ini. Segala yang berlaku pastinya ada hikmah yang tersembunyi.
Jom tonton video di bawah :



Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Al Fatihah tak pa Dek Wan ingat satu benda arwah Aishah skrg ada di taman Syurga Allah tempat dia sgt hebat ramai yg mendoakan arwah.. “
” Ya Allah rindunya saat2 begini Riz dan Sky bersama arwah Aishah Akiko, kami pun rindu nak tgk semua video2 kenangan Riz, Sky dan arwah Akiko.. “
” Itu yg saya fikir kan jugak bila tgok posting abg ridzokumura pagi tadi..why Febuary?.. …moga Sky cepat sembuh..dan Al-fatihah utk Akiko.. “
” Ya Allah, nukilan yg sgt menyedihkan… Semoga kuat dan tambah menghadapi masa depan… Semoga dipermudahkan urusan Amin ya Rabbal Alamin.. “
” Bersabar la Riz. Semuanya sudah ketentuan Allah SWT. Pasti ada hikmah yang menanti. Semoga Rid & Sky dalam limpahan kaseh sayang & rahmat Allah SWT hendaknya.. “
” Arwah Kak Akiko@Aishah sudah Berada disyurga yang terindah…Kerana isteri yang baik isteri yang taat pada suami Dan redho suami mengiringinya.. “
” Perpisahan mmg menyakitkan..semoga dipermudhkan semua..Al fatihah untuk arwah Akiko.. terus kuat ya abg ridzo.. “
Februari mungkin akan sentiasa membawa perit yang sama, namun di situlah juga tersimpan bukti bahawa cinta itu pernah wujud dengan begitu indah dan bermakna. Semoga Ridz terus diberi kekuatan, dan semoga Sky membesar dalam kasih sayang yang tidak pernah berkurang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ridzokumura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Artis / Selebriti7 days ago” Habis dibuka yang tak sepatutnya, macam tu je dia spill.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen
-
Keluarga2 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil

