Artis / Selebriti
” Ahh sudah, patah hati Tok Red tengok ni, haha.. ” – Komen Netizen
Video photoshoot Adira Suhaimi dan Fattah Amin. Komen-komen warganet yang menyakat Dato’ Red mencuit hati ramai. Habislah Dato’ Red, Ami jumpa duda hot tu, hehe..
Rezeki Fattah Amin datang mencurah-curah dan salah satunya dari produk kosmetik, Elegant cosmetics yang mengangkat Fattah sebagai dutanya. Produk ini juga sebelum ini menggunakan Adira Suhaimi duta mereka dan kali ini, Adira bergandingan bersama Fattah.
Pada sesi live Adira dan mantan suaminya, Dato’ Red beberapa hari yang lalu, Dato’ Red ada menyuarakan sesuatu kepada Adira setelah mendapat tahu Adira bakal mengadakan sesi photoshoot bersama Fattah. Bau-bau cemburu Dato’ Red menggeletek hati warganet apatah lagi dengan cadangannya yang mencuit hati.
Meninjau entry di akaun Thefa_team, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Adira dan Fattah sedang membuat rakaman video untuk iklan produk tersebut. Perkongsian ini membuatkan warganet menyebut-nyebut nama Dato’ Red kerana teringatkan video Dato’ Red itu.

Tidak kurang juga yang mengusik Dato’ Red dengan mengatakan Adira dan Fattah kelihatan sesuai berdua. Ada juga yang meminta Adira dan Fattah berduet bersama. Tentu gempak dan bakal membawakan impak kepada produk ini dengan kemasukan Fattah sebagai jurucakap produk mereka.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Hehe.. Dato Red dah meroyan ari tu. Bertabahla ye dato Red. Depa kawan satu industri.. Jangan fatah hati ye dato, ami tetap setia dengan dato tu, hehe.. “
” Ooo ni la yang tok red suruh guna green screen ni haha.. lawak betul yang tu. shooting lain hari.. ngam lah adira dengan fattah. buat lah lagu duet.. “
” Habis la malam ni tok keluar white board lagi. Fatah hati tok red tengok ni hahha.. tok red ok kan.. masing-masing cari rezeki je hehehe.. “
” Ouhh ni yg dato red suh guna green screen eak,haha.. dia cakap dia boleh buat. nanti dia combine je haha.. “
” Dato Red memerhati tu ami haha.. Ni yang tok red risau, kesian tok red hehe.. Kejap lagi tok red merentan lah tu.. “
” Menyala, tok red ok je kan kan haha.. Dato red tetap di hati ami walaupun abg fatah depan mata.. “
” Ah sudah haha. tak senang duduk la si tokred. Aritu dia dah cakap suruh greenscreen je dia nak editkan . Dh pandai edit katanya, haha.. “
Tak senang duduk lah Dato’ Red melihat video photoshoot Adira dan Fattah ini. Mahu membebel panjang lagi Dato’ Red selepas ini, silap hari bulan merajuk pula, hehe. Apa-apa pun, semoga kolaborasi Fattah dan Adira akan membuka banyak pintu rezeki untuk orang lain juga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Thefa_team
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida
-
Artis / Selebriti4 days ago” Terharu dengar pesanan Dato’ Jamal untuk Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nampak dia cantik bila tak makeup, baby face dengan kulit bersih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tolong lah baba Boy. Bagi nombor telefon Baba. Cikgu you comel Boy.. ” – Sharnaaz Ahmad
-
Artis / Selebriti5 days ago” Apa benda, macam tak kena je. You ni dulu straight A student kan. You jangan.. ” – Haris Ismail
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ulang-ulang part Mama kata ‘takpe’ dengan part Ayden peluk YB. Awww melting.. ” – Komen Netizen

