Connect with us

Artis / Selebriti

” Adoi ketawa sampai mengalir air mata. Boleh tahan lawak gak Datin Marlia ni rupanya.. ” – Netizen

Video Sedutan Program Masakan Antara Sherry Al-Hadad Dan Datin Marlia Musa Buat Warganet Terhibur. Adui Sherry, Part Cili Dengan Sukatan Air Tu Lawak. Datin Marlia Pun Tak Tahan Gelak Sama, Haha !!

Siri baru masakan bertajuk You Know Nothing About Cooking bersiaran bermula 11 Mac di portal Gempak. Menampilkan Sherry Al-Hadad dan Datin Marlia Musa sebagai pendokong utamanya, gabungan 2 pelakon hebat ini menggeletek hati warganet.

Meninjau Instagram Astro Gempak, telah dikongsikan antara sedutan video menarik yang membuatkan ramai ketawa. Sherry seperti biasa, ada sahaja perbuatannya yang membuatkan orang terhibur. Datin Marlia pula nampak garang, tetapi kelakar juga rupanya.

Klik gambar untuk info..

Bukan mudah apabila perlu memasak bersama yang sudah pakar seperti Datin Marlia. Sherry pula menjawab penuh confident segala yang Datin Marlia tanya tentang masakan, walhal jawapannya tu memang terang-terang salah dan ‘dibantai’ sahaja.

Terbahak juga lah Datin Marlia dengan perangai Sherry ini. Disuruh kira sukatan air untuk masak beras, itu pun failed. Pastinya yang menonton video ini tidak berhenti ketawa melihat kerenah Sherry dan Datin Marlia. Confirm Sherry akan pandai memasak selepas ini hasil ajaran Datin Marlia.

Jom tonton video di bawah :

View this post on Instagram

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Ribuan tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Adoiii sakit perut tgk haha, so cute.. Love both of them.. Marlia mak mak 100% .. Hahahaha dieorg ni mmg sama2 masuk air. Kalau tgk eps smlm dari blkng je sebijik gaya mak anak.. ”

” Hahaha… cute seh .. garang mcm mak tiri.. Adoii… dua tiga hari kalau tnguk video msk2 ni msti gllk smpai berair mata.. ”

” Hahahah, kakak punya part kunyah tu takde suara pon kelako.. Ting tong habis.. Klaka la marlia ni hehe.. swit derang bdua.. ”

” Adoiii kelakar benar, sakit perut gelak.. Konfiden tu penting.. ni baru btl mak² membebel.. terhibur aku.. ”

” Sherry ni spesis main sebut je.. boleh tahan lawak gak Datin Marlia ni rupanya… helok la ganding ngan Sherry.. ”

” Hahahahaha kannnn mcm anak dan mak tiri. Sherry tu pun alahaiiii haha.. sakit perut tgk sherry ni.. jujur sangat.. ”

” Aku syak dia kalau dgn sherry mesti takle nk serious membe pon seorang yg lurus. Datin Marlia serius tp lucu, berdekah aku ketawa dengan dorang berdua ni.. ”

Klik gambar untuk info..

Begitu menghiburkan apabila Sherry dan Datin Marlia bergabung seperti ini. Riuh dapur dengan gelak tawa dan gurauan mereka berdua, ada sahaja yang menjadi bahan ketawa. Macam mak tiri mengajar anak yang lurus pun ada, hehe. Kepada yang ingin menonton video penuh, boleh layari portal Gempak.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Astro Gempak, Tiktok Gempak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT