Artis / Selebriti
” Dia ingat nak tolong buka pintu juga, sekali kena tinggal, haha.. ” – Netizen
Video Lakonan Sherry Alhadad Bersama Datuk M. Nasir Dan Datin Marlia Musa Buat Ramai Terhibur. Boleh Tahan Sweet Rupanya Datuk M. Nasir Yer. Part Sherry Kena Tinggal Tu Lawak. Tak Hormat Geng Single Betul, Haha !!
Meninjau di akaun Instagram milik Astro Gempak telah dikongsikan beberapa video yang memaparkan pelakon Sherry Alhadad bersama Datin Marlia Musa bergandingan bersama dalam sebuah rancangan memasak bertajuk You Know Nothing About Cooking.
Rancangan tersebut sangat menarik kerana Datin Marlia dan Sherry akan bersama memasak pelbagai jenis menu masakan. Telatah Sherry ketika memasak juga mencuit hati ramai gara-gara banyak perkara yang Sherry tidak tahu buat di dapur sehingga ditegur oleh Datin Marlia.
Salah satu video baru yang menarik perhatian adalah lakonan Datin Marlia, Sherry bersama Datuk M.Nasir. Menerusi video itu, Datin Marlia dan Sherry baru sahaja selesai membeli barang untuk memasak di sebuah kedai. Selesai membeli, mereka dijemput oleh Datuk M. Nasir.

Namun begitu, ada perkara yang terjadi apabila Datuk M. Nasir hanya membuka pintu untuk Datin Marlia masuk ke dalam kereta dan meminta Sherry untuk pulang sendiri. Perkongsian video ini sehingga kini telah menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa terhibur mereka selepas menonton video lakonan Sherry bersama Datuk M. Nasir dan Datin Marlia. Antara komen-komen warganet adalah :
” Dia ingat nak tolong buka pintu juga, sekali kena tinggal, haha.. Lawak betul lah tiga orang ni.. Dah boleh buat drama komedi ni.. “
” Kesian Sherry kt sni pun tak dibukakkan pintu.. Dah la ms jd Eton pun Abg Jusoh tak bukakkan pintu kt dia, hahahahhaha sabo jela.. “
” Hahahahaa weh lawak betul, last2 kena lari kejar kereta.. Walaupun lakonan jer, nampak serasi tiga2 ni, dah mcm anak beranak.. “
” Hahaha kena tinggal, hahaha.. Datuk ni tak hormat langsung geng single.. Kesian si Sherry tu.. Ooo rupanya ‘wawa’ tu panggilan untuk Datuk M. Nasir.. “
” Show ni tlng ada tiap kali puasa yer nnt… Besttt.. Kekalkan Sherry tau sebab dia memang layak dngan show ni.. Hahaha seronok tengok.. “
” Hahahah boleh buat drama komedi ni. Cute nya Datin n Dato. Tpi Sherry udohhh ketinggalan, tu lah tergaman tengok Datuk sweet dengan Datin.. “
” Wawa cakap tinggal je budak bising ni. Aman rumah, hahhahaha.. Dapur yg dorang shoot tu rumah Dato M nasir betul rupanya.. Cantik rumah dia sejuk jee nampak.. “
Gara-gara terpegun tengok Datuk M. Nasir yang begitu sweet tolong bukakan pintu untuk Datin Marlia, tak sedar pula Sherry akan kena tinggal. Boleh tahan kelakar juga Datuk M. Nasir apabila berlakon. Macam itu sahaja dia meninggalkan Sherry kejar kereta, haha.

Silakan SHARE..
Sumber : IG astrogempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Keluarga3 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Bukan tak tahu lah, mungkin orang dah perasan, saya ni bila.. ” – Datuk Yusry



