Artis / Selebriti
” Amboi, kemain feel sungguh-sungguh ni. Huruf jawi kat belakang tu tak boleh blah, haha.. ” – Komen Netizen
Video Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad menyanyi lagu Rasa dan Takdir ketika pembukaan pentas Konsert Minggu ke 2 Gegar Vaganza 12 buat ramai terhibur. Amboi, betul2 feel menyanyi walaupun suara ke laut, hehe..
Meninjau ke akaun Instagram Mediahiburan, perkongsian sebuah video yang memaparkan Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad menyanyikan lagu Rasa dan Takdir telah meraih perhatian ramai. Mereka berdua menyanyikan lagu ini di pentas Gegar Vaganza 12 minggu kedua.
Sememangnya konsep Gegar Vaganza seperti sebelum ini memerlukan hos juga turut menyanyi dalam setiap minggu di awal pembukaan pentas. Kali ini mereka berdua cuba menyanyikan lagu yang cukup viral daripada Amira Othman dan Irfan Harris.
Walaupun bersuara sumbang, namun kedua-duanya tetap menunjukkan keyakinan yang tinggi ketika menyanyikan lagu ini. Bukan main lagi feel Sherry dan Nabil. Nampak seperti penyanyi professional sahaja, walaupun begitu ramai berasa terhibur.

Perkongsian video ini telah menerima lebih enam ratus tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Walaupun nyanyian mereka begitu, gelagat selamba dan lawak bersahaja dua sahabat ini membuatkan penonton tak kering gusi ketawa.
Jom tonton video di bawah :
Netizen turut memuji keserasian mereka berdua yang sememangnya dikenali sebagai pasangan pengacara yang serasi dan ‘masuk air’. Antara komen-komen yang diberikan :
” Amboii…kemain feel sungguhh. Stop dulu ambil nafas tetap hancur.. memang happening opening gv tadi terbaikk.. logo kat belakang pun.. “
” Haha amboi Nabil n Sherry kemain mantap nyanyi lagu viral .. Lagu Jamilah Next Week.. kasi Kaw Kaw ya Guysss. Saje je dorg ni.. “
” Yang menari blakang tu mcm x kena dgn lagu je cara menari.. awww….kemain feel sungguh2 ni. atlest suara sherry nie blh pergi.. “
” Huruf jawi kat belakang tu tak boleh blah la.. Bakat yg harus dipendam. ni bkn syahdu. ni terkedu. mnangis mira dgn irfan dgr penuh emosi.. “
” Yg kt belakang serba slh nk menari. cover paling syahdu setakat ni. masuk jer vokal hilang mood terus.dgr nabil nyanyi teringat mse die nyanyi kat era version masakan kak long tu.. “
” Lagu ni tak perlu ada back up dancer sbb adoilaaaaa tgk mereka2 kat blkg joget pun ikot trend TikTok tak match dgn lagu sbb rentak slowwwww.. “
” Tak sesuai laa nabil dgn sherry…nabil dgn Jihan jugak bestt.. klakorrler jenuh praktis tu.. Tapi rindu jihan.. kenapa jihan tkde.. ”
Walaupun bukan penyanyi sebenar, Sherry dan Nabil tetap berjaya mencuri hati penonton dengan aura positif, spontaniti dan jenaka semula jadi mereka. Tidak memukau dari segi vokal, tetapi semangat dan keseronokan yang mereka bawa sudah cukup menjadikan persembahan itu antara yang paling menghiburkan minggu ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Media Hiburan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti3 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dulu selalu tengok Rina makan, sekarang tengok Rian pula.. ” – Komen Netizen

