Artis / Selebriti
” Wah memang rumah orang have-have ni tapi Kak Long humble. Macam vibe princess bilik dia.. ” – Komen Netizen

Video Amira Othman menunjukkan ruang bilik tidurnya 3 tahun lalu kembali menjadi viral di media sosial. Wah cantiknya bilik tidur Amira, luas betul. Katil tu dah macam katil pengantin lah..
Meninjau entry di akaun Tiktok Im_yourgirl06, telah dikongsikan satu video throwback yang memaparkan Amira Othman bersama Sherry Alhadad dalam rancangan Terjah Rumah. Video ini dirakamkan kira-kira 3 tahun yang lalu dan ketika itu negara masih lagi dilanda wabak C0vid-19.
Menerusi video perkongsian ini, Sherry meminta untuk melihat ruangan bilik Amira. Sesuai dengan format program ini ‘ Terjah Rumah ‘, Sherry dan seorang lagi host digelar sebagai Dato’ menerjah bilik Amira secara dalam talian sahaja. Amira pada awalnya agak segan kerana katanya biliknya bersepah.
Amira juga mengatakan biliknya kecil sahaja, namun setelah ditunjukkan ruangan dalam bilik Amira, ternyata bilik Amira besar dan luas. Tidak seperti yang Amira katakan, susun atur dan kekemasannya juga dipuji oleh Dato’. Apa yang menarik adalah rangka katil Amira.
Rekaannya yang kelihatan unik dan klasik menarik minat Sherry dan Dato’. Meja makeup Amira juga sangat tersusun dan semua kelengkapannya disusun dengan rapi. Bukan hanya Sherry yang kagum melihat bilik Amira tetapi warganet yang menonton juga.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@im_yourgirl06 Jom kita terjah bilik Kak Long 😜💙✨ #fattahamin #amiraothman #family #keluarga #keluargaitu #wanitaterakhir #lelakiterakhir #doayangbaikbaik #fyppppppppppppppppppppppp #fyp #foryou #foryoupage #2025 #kaklongabglong #famiracle #amiracleforfattah #mendonia #jakel #rissaskin #capcut #CapCut
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Wahhh… memang rumah orang have-have ni. tapi kaklong humble, dikatanya kecik dan sepah.. ”
” Macam tu dia kate sepah haha. belum tgk bilik anak aku.. mcm br lepas tsunami.. mcm vibe2 princess bilik dia.. “
” Amira Othman anak org kaya yang jiwa biasa, sgt² humble.. love sgt.. tengok aircond dalam bilik tu pun dah memang kalah jauh kita ni.. “
” Bilik kecik dia kata.. aircond utk ruang besar weiii so bilik dia mmg bapak bsr laaa.. cantik semua.. macam orangnya jugak.. “
” Cantiknya bilik kak long.. Nampak ye sherry dgn dato tu mcm tergamam jap tgk bilik mira haha.. “
” Wahhh blik dia kecik je dh rupe ruang tamu umah aku wehhhh.. Tp aircond jenis tanam.. mcm kat office2 gitchewww.. “
” Orang johor katil diorang macam pengantin aqu ada kawan seorang macam ni jugak lelaki katil macam pengantin.. “
Bukan biasa-biasa bilik tidur Amira, selesa dan luas dihiasi dekorasi yang simple tetapi menarik. Bersepah di mata Amira tetapi untuk warganet, biliknya sangat kemas dan teratur. Mungkin boleh dijadikan inspirasi untuk semua yang menonton video ini bagi menghias bilik tidur masing-masing nanti.
Tonton video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Secret Girl, Youtube Channel Property Insight Malaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Adoila kak Erma, ni cinta berapa segi ni. Berebut tunang pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Tergelak dengar Rina betulkan Bahasa Melayu Omma, pandai sangat lah Rina.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sejak bila Abang Long lucu. Dengan Amira, keluar perangai sebenar dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Short, simple and sweet. Dia betul betul mengangkat darjat Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Comelnya gelagat kak long di dapur. Geram dengar dia cakap, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Deep sangat sampai ke dalam jiwa. Kak Long anak yang sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago
” Best suara dia, menusuk kalbu. Terbayang arwah SS weh, sumpah aku nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Terngiang-ngiang Kak Ning punya suara bila mengaji. Sedap sangat.. ” – Komen Netizen