Artis / Selebriti
” Dah anak dara rupanya anak Mawi ni, tinggi betul Cahaya.. ” – Netizen

Gambar Terbaru Mawi Bersama Anaknya, Cahaya Malaika Di Sebuah Majlis Raih Perhatian Warganet. Wah Dah Besar Dah Anak Mawi. Tingginya Cahaya, Manis Sungguh Cahaya Bertudung !!
Lebih 19 berlalu, mengimbas memori yang paling diingati apabila penyanyi Mawi atau nama sebenarnya, Asmawi Ani menyertai program realiti Akademi Fantasia musim ketiga (AF3). Mawi menjadi satu fenomena luar biasa ketika itu sehingga mendapat gelaran ‘Mawi World’ .
Sang Juara ini mendirikan rumahtangga pada 20 Disember 2008 bersama wanita pilihan hatinya iaitu Nora Asyikin Rahmat atau Ekin. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangna ini dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Cahaya Malaika.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Cahaya Malaika telah dikongsikan beberapa gambar terbaru bersama kedua ibu bapanya. Difahamkan gambar-gambar tersebut diambil ketika mereka menghadiri sebuah majlis perasmian produk terbaru Mawi.
Cahaya turut memberikan kata ucapan tahniah kepada Abinya atas kejayaan mengeluarkan produk terbaru. Cahaya kelihatan begitu manis mengenakan baju kurung dan bertudung. Perkongsian tersebut telah menarik perhatian warganet.
Ikuti perkongsian gambar di bawah ini :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya)
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai perkongsian oleh Cahaya. Antara komen-komen menarik adalah :
” Dah anak dara rupanya anak Mawi ni, tinggi betul Cahaya.. Manis dia bertudung.. Muka abi dan anak memang samalah, copy paste betul.. “
” Wah canteknya anugerah Allah swt.. Semoga Cahaya Malika jdi anak yg sholehah buat kedua org tuanya dan jdi insan yg berbakti kpda kluarga trsyg. Aamiin.. “
” Dah besar cahaya.. Semoga menjadi anak yg solehah.. Berjaya didunia dan diakhirat.. Like father like anak dara, hehe.. “
” Comel lahh anknda Mawi dan Ekin.. Kejap betul masa berlalu.. Dah macam abang, kakak dan adik pula tengok mereka bergambar, hehe.. “
Sekejap rasanya masa berjalan, sekarang usia Cahaya sudah pun 12 tahun. Nampak tinggi sungguh Cahaya dengan usianya sekarang, mewarisi ketinggian Mawi dan Ekin. Ramai peminat mengatakan wajah manis Cahaya saling tidak tumpah seperti Abinya.
Apa-apa pun, semoga Cahaya terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah buat kedua ibu bapanya. Untuk sekadar info, selain bergelar penyanyi dan pencipta lagu, Mawi sekarang turut menjadi penyampai radio di stesen radio Zayan.
Silakan SHARE..
Sumber : IG cahayamalaika2012
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dia buat steward tu dah macam member-member dia je. Tu yang paling kelakar tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menyatakan saya berhias, wife pun bersiap-siap tapi Tiara selekeh, anak tak terurus.. ” – Achey
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Kening tu memang berubah 360 darjah. Amazing sangat lah, berubah muka dia, tak macam Irma.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Dulu Eizlan Yusof dah handsome dah, tapi anak dia lagi handsome.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Habis kalau dia kahwin dengan saya, siapa nak jadi bodyguard Dato’ ? ” – Zizan Razak
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Fuhh, padu betul suara adik ni. Sekali dia tarik memang ada tone Ziana Zain lah beb.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Best duet ni, umpama klon suara Siti Nurhaliza dan Siti Sarah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Mesti masa ni Spacedollah dan Mama YB gelak guling-guling. Lurus betul weh, haha.. ” – Komen Netizen