Artis / Selebriti
” Makin cantik Cahaya, cara cakap pun macam Mawi.. ” – Komen Netizen
Video terbaru Mawi bersama anak perempuannya, Cahaya Malaika raih perhatian warganet. Alahai dah besar anak dara Mawi ni. Cantiknya Cahaya, dah pandai melawa sekarang. Muka copy paste Mawi sangat..
Mawi pernah menjadi kegilaan ramai suatu masa dahulu dan kini Mawi bergelar penyampai radio di stesen radio Zayan. Umum mengetahui yang Mawi telah mengahwini Ekin dan pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan diberi nama Cahaya Malaika. Cahaya kini berusia 12 tahun dan sering muncul dalam sesi live Mawi.
Meninjau perkongsian terbaru Mawi di akaun Instagramnya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Mawi bersama Cahaya. Anak dan ayah ini kelihatan berada di dalam sebuah kereta dan Cahaya kelihatan sedang asyik memakai bedak di wajahnya.
Pendek sahaja kapsyen Mawi berbunyi ‘ Dah pandai bedak ‘. Melihat wajah Cahaya, ramai yang memuji kecantikan yang dimiliki oleh anak dara Mawi dan Ekin itu. Semakin meningkat remaja, Cahaya semakin ayu apatah lagi dengan imej bertudung. Pandai Mawi mendidik anak supaya menutup aurat sejak dari kecil.
Memetik komen warganet, wajah Cahaya saling tak tumpah seperti wajah Mawi. Senyumannya dan gaya bercakap juga sama seperti Mawi. Comel sahaja Cahaya membuat reaksi muka ketika Mawi bertanyakan mengenai facemask. Pejak celik, pejam celik sudah besar anak dara Mawi dan Ekin ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Dah besar dah budak cantik ni. Saya ingat lagi, masa saya lepas bertunang, saya start pakai tudung, ikut cara Ekin pakai tudung. Minat la masa tu. Hehe.. tau tau dah besar dah anak mawi dan ekin.. “
” Cantik sangat lah dia.. Sebab awak la cahaya, acik letak nama anak acik sama dengan nama awak.. “
” MasyaAllah tabarakallah, dah besar semakin cantik Cahaya Malaika.. muka mawi versi perempuan.. “
” Cahayaaa.. dah besar dah dia.. makin cantik cahaya sekarang.. Kejap je budak ni da remaja.. so sweet, kelakar macam mawi jugak ni.. “
” Masya-Allah, tabarakallah. Cantiknya Cahaya Malaika. dah besar makin nampak cantiknya tu.. ayu bertudung.. “
” Comel anak Mawi Ekin ni.. copy paste habis mawi ni.. cara cakap pun macam mawi.. kejap je dah anak dara.. “
” Cantiknya Cahaya, anak dara dah. manis je muka cahaya ni.. dah besar makin cantik.. dah anak dara kena la melawa anak abi dan umi ni hehe.. “
” Comel dan cantik cahaya.. pernah join tengok live cahaya mawi ekin.. memang happy go lucky orangnya.. stay cute dan jadi anak solehah ya.. “
Manis dan ayu sahaja anak dara Mawi dan Ekin ini, penampilannya yang berhijab itu lagi menambahkan kecantikannya. Apa-apa pun, semoga Cahaya Malaika menjadi anak yang solehah, anak yang kaya dengan budi pekerti dan selalu membanggakan kedua ibu bapanya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Cahayaasmawi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Macam dia cakap mummy, mummy pulanglah balik. Macam biasa.. ” – Mas Idayu
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ramai cuba cover lagu Dato’ Siti, tapi suara Danial ni lemak, merdu, husky, semua cukup.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” You look mega, sound pun mega.. ” – Dato’ Ramli MS
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Congratulations Faz. Beauty with brain, so inspiring.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Nak buat ringtone phone lah, ‘ahak ahak’ tu mahal dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dia takde isteri, tapi dia punya kawan-kawan yang baik dan prihatin.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ala satu juta, takkan aku tak boleh bayar.. ” – Dato’ Seri Vida
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Suara bell macam iklan radio dah, siap mimik muka main peranan.. ” – Komen Netizen