Connect with us

Artis / Selebriti

” Maafkan jasad saya menyusahkan semua. Andai Allah.. ” – Amoi Baju Merah

Video DS Aliff Syukri membantu Amoi Baju Merah dan ayah angkatnya buat ramai tersentuh. Sebaknya tengok Amoi sendiri patah kaki, dalam masa yang sama nak jaga ayah angkat lagi. Lagi bertambah sayu baca komen Amoi dekat posting DS Aliff..

Bagi yang mengikuti perjalanan hidup wanita bernama Salinah Adelinah Abdullah atau lebih dikenali sebagai Amoi Baju Merah, pasti mengetahui kisah kehidupannya yang mengundang sebak. Kesetiaannya menjaga seorang ayah angkat yang sedang sakit menyentuh hati ramai. Dalam serba kekurangan, Amoi tetap kuat meneruskan kehidupan walaupun diuji dengan pelbagai dugaan yang berat.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Dato’ Aliff Syukri, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan beliau berkunjung ke rumah Amoi dan ayahnya di Melaka. Pertemuan tersebut bukan sekadar ziarah biasa, malah hadir bersama niat untuk membantu meringankan beban yang sedang ditanggung oleh dua beranak itu.

Apa yang lebih menyentuh hati, Amoi kini turut diuji dengan keadaan kesihatan apabila kedua-dua kakinya patah. Dalam keadaan dirinya sendiri memerlukan perhatian dan bantuan, Amoi masih tetap tabah menjaga ayah angkat tercinta. Pengorbanan dan kasih sayang yang ditunjukkan benar-benar membuatkan ramai tersentuh melihat ketabahannya menghadapi ujian hidup.

Menerusi perkongsian tersebut, DS Aliff turut membantu dengan menjual produk miliknya dan hasil jualan itu disumbangkan kepada Amoi serta ayahnya. Beliau juga ditemani oleh pempengaruh terkenal, Mak Rentan. Kehadiran mereka sedikit sebanyak membawa sinar dan kegembiraan buat keluarga tersebut, selain memberi harapan bahawa masih ramai insan yang prihatin dengan nasib orang lain.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, warganet turut tersentuh menonton perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh mereka. Antara komen-komen menarik adalah :

” Alhamdulillah, Dato, Datin & keluarga semuanya org yg baik2.. Selalu tolong org.. Teruslah menjadi inspirasi & pembakar semangat kami utk jadi org yg lebih baik juga.. “

” Ya allah moga allah sentiasa berkati segala kebaikan yg dato dah kongsikan dan moga rezeki dato sentiasa mengalir seperti air yg tak putus. Aamin ya rabbal alamin.. “

” Terima kasih papa dan mak rentan . Semoga amoi baju merah & ayah dipermudahkan segala urusan.. Aminnnnn.. “

” Semoga diberi kesembuhan dan syifa buat ayah amoi dan semoga dipermudahkan segala urusan.. Terus kuat ya.. “

” Kesian amoi… Penah attend talk dia bersama bidadari halaqah… Sedih and kagum sangat sebab dia jage ayah angkat yg menbesarkan dia seperti anak sendiri.. “

” Orang baik Allah nampak Dato.. Moga Allah jaga Dato sekeluarga dgn baik kerana sentiasa berbuat baik dgn masyarakat yg memerlukan. Aamiiin Allahumma Aamiiin YaRabb.. “

” Nangis lah amoiii sepuasnya..Lepaskan semua yg dipendam.. Moga Allah permudahkan jalan hidup amoi dan ayah.. “

Komen Amoi di posting DS Aliff :

Di ruangan kapsyen, DS Aliff mengatakan walaupun dirinya bukan seorang menteri mahupun daripada Jabatan Kebajikan, dia tetap akan berusaha sedaya upaya untuk membantu mereka yang memerlukan. Perkongsian itu turut mendapat perhatian Amoi sendiri yang menzahirkan rasa syukur dan terharu atas bantuan yang diterima. Ramai warganet turut menitipkan doa agar Amoi dan ayah angkatnya diberikan kekuatan serta dipermudahkan segala urusan mereka.

Silakan SHARE..

Sumber : IG aliffsyukriterlajaklaris

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific

Trending

Copyright © Berita Kopak