Connect with us

Artis / Selebriti

” Saya simpan rahsia tu, saya takut nanti saya pula yang tercerita.. ” – Datin Marlia

Video Ucapan Datin Marlia Musa Buat Dua Sahabat Baiknya, Sabri Yunus Dan Angeline Tan Raih Perhatian Ramai. Oo Rupanya Datin Marlia Antara Yang Terawal Tahu Sabri Akan Kahwin, Pandai Simpan Rahsia. Seronok Tengok Geng Pi Mai Pi Mai Tang Tu Berkumpul !!

Meninjau di akaun Instagram radio Gegar telah dikongsikan video sekitar majlis resepsi pasangan sejoli, Sabri Yunus dan Angeline Tan di studio Gegar pada hari ini. Ketika majlis berlangsung, kedua-dua pasangan pengantin baru ini telah menerima banyak kejutan daripada pelbagai pihak.

Salah satunya adalah kehadiran Datuk M. Nasir dan isterinya, Datin Marlia Musa juga menggamatkan suasana. Menerusi satu video, Datin Marlia berkongsi ucapan buat Sabri dan Angeline. Akui Datin Marlia, beliau telah berkawan rapat dengan kedua-dua pelakon ikonik dalam siri Pi Mai Pi Mai Tang Tu sudah selama 30 tahun.

Rupa-rupanya Datin Marlia antara orang terawal yang mengetahui perancangan pernikahan Sabri dan Angeline setelah berhubung dengan Sabri menerusi aplikasi Whatsapp sebelum sehari pernikahan pasangan tersebut. Ujar Datin Marlia lagi, dia hanya berkongsi berita itu kepada suaminya, Datuk M. Nasir.

Di akhir kata-kata, Datin Marlia mendoakan semoga persaudaraan antara mereka akan terus kekal. Perkongsian itu telah menarik perhatian warganet. Ada yang mengatakan suka melihat keakraban ketiga sahabat baik ini. Sehngga kini video ucapan Datin Marlia menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka memberikan kata ucapan tahniah buat pasangan pengantin baru ini. Antara komen-komen menarik adalah :

” Selain Bell di angkat jd Artis paling popular, pernikahan Sabri Angeline perkara yg paling seronok di kongsikan.. Tahniah pengantin baru.. “

” Alhamdulillah… Selamat pengantin baru dan semoga kekal hingga ke jannah.. Tumpang happy tengok Sabri dan Angeline bahagia.. “

” Masya Allah, hebatnya persahabatan mereka, terharu tengok.. Semoga kedua pasangan bahagia till Jannah, Aamiin.. “

” Berita artis yg paling seronok aku lihat tahun 2023 ini… Happy jer aku baca. Moga rumahtangga yg d bina ini akan kekal hingga syurga.. “

” Β Tahniah buat pelakon yang aku sangat minat di tahun 80an nie.. Sabri yunus dan Angeline Tan.. Tak sangka dah jadi suami isteri.. “

” Kalau ada geng2 PMPMTT yang lain mesti best macam Imuda, Sathiya, Mat Over, Mak Ngah, Mak Usu.. Tahniah pengantin baru.. “

” Aku ni kenott lah. Tgk lucy , rsa sebak je. Air muka dia suci sangat. Alhamdulillah dh peluk agama Islam.. Selamat pengantin baru Lucy.. “

Seronok melihat tiga sahabat baik ini berkumpul. Terus mengimbau kenangan lakonan mereka bersama. Apa-apa pun tahniah diucapakan buat Sabri dan Angeline, meriah sungguh majlis resepsi mereka. Semoga ikatan perkahwinan yang baru dibina ini akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG gegar.my

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT