Artis / Selebriti
” Sebenarnya saya tidak mencari nama Ardini.. ” – Sabri Yunus
Video Perkongsian Sabri Yunus Mengenai Pilihan Nama ‘Ardini’ Yang Dipilih Buat Isteri Tersayang, Angeline Tan. Unik Betul Jalan Cerita Mencari Nama Untuk Angeline. Indah Maksud Nama Ardini, Sesuai Sangat Untuk Angeline !!
Hari ini sangat istimewa buat pasangan pengantin baru, Sabri Yunus dan Angeline Tan. Majlis resepsi telah diadakan meraikan pasangan ini di studio radio Gegar. Meskipun majlis itu diadakan secara kecil-kecilan bersama beberapa stesen radio lain, ianya disambut dengan penuh meriah.
Meninjau di akaun Instagram Sinar, telah dikongsikan video yang memaparkan temubual penyampai radio iaitu Dina Nadzir bersama Sabri Yunus dan Angeline. Menerusi video tersebut, Dina bertanya kepada Angeline, mengapa memilih nama ‘Ardini’ dan siapa yang memilih nama tersebut.
Angeline telah berkata nama ‘Ardini’ dipilih oleh Sabri sendiri dan bukannya daripada Angeline. Akui Sabri, sebelum ini mereka tidak pernah terfikir untuk menukar nama atau mencari nama lain. Namun setelah Sabri dan Angeline pergi ke Jabatan Agama Islam Kelantan untuk membuat kad, ada seorang ustaz bertanya jika Angeline mempunyai nama islam.

Lantas Sabri ‘google‘ mencari nama yang baik dan sesuai untuk diberikan kepada Angeline. Sabri berkata, menjadi pilihan utama adalah nama yang bermula huruf ‘A’ dan nama ‘Ardini’ tampil pada skrin telefon Sabri yang membawa maksud ‘ isteri yang menyayangi’ membuatkan Sabri tertarik dengan nama tersebut.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan memuji pilihan nama yang diberikan Sabri kepada Angeline sangat sedap didengar. Antara komen-komen menarik adalah :
” Mereka berdua buat sis menitis air mata, sbb so sweet sangat .. Sedap nama pilihan abg Sabri buat isteri tersayang, semoga bahagia hendaknya.. “
” Ahamdulilah .. Tahniah Abg Sabri dan Kak Angeline… So happy for you both.. Indah betul maksud nama baru Kak Angeline tu.. “
” Masa zaman pi mai pi mai tang tu… Masa tu aku budak2 lg tapi aku suka tengok sikom tu… Memang menghiburkan.. Selamat pengantin baru.. “
” Aku pula yang senyum.. Nampak masing-masing bahagia dengan kehidupan baru mereka.. Tahniah Abe Sabri, moga bahagia sokmo dengan Kak Angeline.. “
” Mmg sodap nama Ardini sesuai dgn empunya badan.. Manis Angeline bertudung.. Pakai smple mcm tu pun nmpk berseri-seri.. “
” Lagi sopan Ardini Angelina Tan ye, suka tgk.. Barakallahu lakuma wa baraka alaikuma wa jama’a bainakuma fi khair.. “
” Aaawwww.. Suka sangat. Ini bukan keluarga aje restu tau.. Semua peminat pi mai pi mai tang tu pun restu Pok Ya & Angeline.. “
Indahnya maksud nama ‘Ardini’ buat Angeline, malah ianya sangat bermakna kerana nama ‘Ardini’ ini ‘hadiah’ istimewa daripada Sabri. Apa-apa pun sama-sama kita mendoakan semoga rumahtangga yang baru dibina oleh Sabri dan Angeline akan mekar bahagia hingga ke akhir hayat mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : IG sinar_my
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Keluarga3 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Bukan tak tahu lah, mungkin orang dah perasan, saya ni bila.. ” – Datuk Yusry

