Artis / Selebriti
” Macam bukan pergi dating, macam interview nak ambil PA, haha.. ” – Komen Netizen

Video Datin Marlia Musa Kongsi Kisah Awal Percintaannya Bersama Datuk M. Nasir Buat Warganet Terhibur. Fuh Soalan Datuk Masa 1st Date Tu Pun Seram, Mana Tak Cuak Datin Marlia. Datin Siap Mengajuk Cara Datuk Cakap Lagi. Lawak Betul, Haha !!
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Sinar FM, telah dikongsikan sedutan video yang memaparkan podcast Borak Selebriti antara Dina Nadzir dan Falyq Hikyle bersama tetamu mereka, isteri kepada lagenda muzik negara, Datuk M. Nasir iaitu Datin Marlia Musa.
Menerusi video ini, Datin Marlia berkongsi cerita bagaimana permulaan kisah percintaannya bersama Datuk M. Nasir. Kata Datin Marlia, dia bukan lah peminat Datuk M. Nasir. Malah, dia tidak tahu langsung lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Datuk M. Nasir pada waktu itu kecuali lagu Tanya Sama Itu Hud Hud.
Sambung Datin Marlia, ketika mereka dating, Datuk M. Nasir mengajukan soalan dalam nada yang serius adakah Datin Marlia tahu lagu-lagunya. Datin Marlia meminta bantuan rakannya untuk mendapatkan kesemua lagu Datuk M. Nasir untuk didengari.
Sambil tertawa dan nada berseloroh, Datin Marlia berkata nasibnya baik kerana tidak diminta oleh Datuk M. Nasir untuk menyanyikan lagu-lagu tersebut. Kelakar juga kisah dating Datin Marlia dan Datuk M. Nasir ini. Sudah tertulis jodoh mereka berdua dan kini usia perkahwinan mereka bakal mencecah usia 24 tahun.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Seronok dengar Datin Marlia bercerita.. rasa macam kita pun ada kat depan dia . org teater mmg pandai meyusun kata2.. ”
” “Kau tau lagu aku?” [suara bass] haha.. Cutenya kisah cinta Sifu dan Datin Marlia.. masa datin kawin dengan sifu, saya antara yg paling seronok sebab adinda marlia ini sangat educated, humble.. ”
” Wah dh pulohan tahun baru la aku dpt tau mcm mana marlia musa courting dating ngan m nasir soo cute dn klakar.. ”
” Sekian lama nak tahu macam mana la depa berjumpa, akhirnya itu rupanya kisah datin marlia dan datuk m. nasir.. lawak betul.. ”
” Boleh bayangkan cara Datuk M. Nasir tanya tu, haha.. macam bukan pergi dating, macam interview nak ambik PA, haha.. ”
” Nampak wajah Dato M. Nasir tu serius betul, tapi kita tahu, beliau mesti seorang yg romantik, tengok sahaja lagu2 yang Dato cipta, liriknya membuai perasaan.. ”
” So sweet.. lucu gak datuk m. nasir ni. kalau kita jadi datin pun cuak kena tanya soalan macam tu haha.. ”
Itu alkisahnya percintaan Datin Marlia dan Datuk M. Nasir yang ramai hendak tahu sebenarnya. Walaupun garang, ada sweetnya Datuk M. Nasir. Semoga ikatan perkahwinan Datin Marlia dan Datuk M. Nasir berkekalan sehingga ke akhir hayat dan berbahagia selalu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Sinar FM
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Mak, along nak rampas dia punya kekasih mak. Dia cuba caras, pakai kasut Fattah mak.. ” – Betty Rahmad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bunda kata amazing, memang power, international singer. Nak nangis dengar, serius meremang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Aku stuck, 10 kali gelak tengok video ni. Tok Ram dah rosak teruk, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Liza Aziz rap terkeluar style Almarhum ibunya, Normadiah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Mata masuk habuk lah, touching tengok video ni. Sayang betul Matin dengan mummy dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Feeling betul Kak Long menyanyi lagu Abang Long. Best sangat suara tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Sabar, sabar, Nabila tukar jadi hijau sat lagi haa.. ” – Sharnaaz Ahmad
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Semakin berat hint daripada abang Long Fattah. Jelas sangat tu, takde cover dah.. ” – Komen Netizen