Artis / Selebriti
” Kita tengok pun sedih dan gembira. Sambutan yang rare dan jarang-jarang berlaku.. ” – Netizen
Video Sabri Yunus Dan Angeline Tan Diraikan Oleh Penyampai-Penyampai Radio. Wah Ada Kejutan Daripada Dato’ M. Nasir Dan Datin Marlia Musa. Sampai Menangis Angeline Jumpa Sahabat Lama. Part Dato’ M. Nasir Dan Mawi ‘Belanja’ Lagu Tu Meriah Betul. Lain Daripada Lain Majlis Resepsi Untuk Pengantin Baru Ni !!
Siapa sangka dari gandingan drama Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Sabri Yunus dan Angeline Tan rupanya ditakdirkan Allah akan menjadi suami isteri. Setelah berpuluh tahun bersahabat baik, pasangan ini disatukan dalam majlis ringkas beberapa hari yang lalu. Angeline Tan kini dikenali dengan nama Ardina.
Hadir sebagai tetamu di konti Gegar, team Gegar telah pun mengatur majlis resepsi untuk Sabri dan Angeline. Kata Sabri, perkara pertama yang disetujui adalah tiada majlis resepsi namun dek kerana rakan-rakan selebriti bersusah payah mengatur majlis mereka ini, ianya dijalankan dengan hati yang terbuka.
Meriah, itu yang dapat disimpulkan mengenai majlis ini. Meninjau akaun Instagram Gegar dan Sinar FM, telah dikongsikan suasana ketika berlangsungnya majlis tersebut. Kehadiran Dato’ M. Nasir dan Datin Marlia Musa mengejutkan pasangan pengantin dan Angeline tidak dapat menahan sebaknya seraya berpelukan erat bersama Datin Marlia.

Majlisnya simple tetapi penuh dengan kasih sayang daripada sahabat-sahabat. Dalam kesayuan melihat Angeline dan Datin Marlia, pasangan pengantin dihiburkan dengan persembahan live daripada Dato’ M. Nasir dan Mawi. Wah bukan kaleng-kaleng ye, penyanyi legend ‘payung’ lagu tu.
Jom tonton video di bawah :
Ribuan tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian tersebut. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Seronok nye diraikan kawan2 yg menyanyangi.. Small circle pun xpe janji appreciate each other.. ”
” Wedding of the year, Segan-segan pengantin baru … Semoga bahagia hingga ke jannah.. Aamin.. ”
” Bila legend ke jinjang pelamin dia punya aura lain macam.. Sporting abess semua.. Happy nye ..trhibur .. sengih2 sorg2.. ”
” Meriahhh kemain sambutan yg rare jarang2 berlaku. Happening.. Sporting Datuk M Nasir nyanyi.. dah la suara asli sedap…untung team radio Astro dan pasangan pengantin di raikan rezeki.. M nasir lupa.. lirik.. ”
” Sebaknya tgk Anna dan Lucy.. sbb sy dibesarkan dhn sitkom Pi mai pi mai tang tu.. tahniah bt abg sabri dan puan angelin… semoga perkahwinan kalian diberkati Allah.. ”
” Allahuakbar… Kita tgok pun sedih & gembira.. Kita bukan hanya gembira dengan jodoh wan ismail golok dan lucy, kita jgk gembira dengan kehadiran saudara baru… moga kekal bahagia hingga sorga.. aminn.. ”
” Allah smpai cni terasa hiba .. tahniah.. Saya pun ikut menangis. selamat dtg saudara kmi sesama islam. Dulu suka tengok sitcom ni, xsangka.. jodoh rahsia Allah.. ”

Beruntung Sabri dan Angeline dan ianya pasti menjadi kenangan indah yang akan dikenang mereka selalu. Terima kasih orang baik kerana meraikan pasangan pengantin baru. Semoga ikatan perkahwinan Sabri dan Angeline ini sentiasa dalam rahmat Allah dan berbahagia selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Gegar, IG Sinar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Terharu dengar pesanan Dato’ Jamal untuk Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nampak dia cantik bila tak makeup, baby face dengan kulit bersih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tolong lah baba Boy. Bagi nombor telefon Baba. Cikgu you comel Boy.. ” – Sharnaaz Ahmad
-
Artis / Selebriti6 days ago” Apa benda, macam tak kena je. You ni dulu straight A student kan. You jangan.. ” – Haris Ismail
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ulang-ulang part Mama kata ‘takpe’ dengan part Ayden peluk YB. Awww melting.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Live dah sesedap ni, final nanti tentu gempak ni. Meremang bulu roma.. ” – Komen Netizen

