Artis / Selebriti
” Dah lah handsome, pandai mengaji pulak. Lembut je suara Mierul mengaji, bertaranum lagi.. ” – Netizen

Video Qawiy Aro Tebuk Ngaji Amirul Aiman Curi Perhatian Warganet. Wah Mierul Kali Ini Lebih Advanced, Siap Bertarannum Jiharkah. Bakal Suami Siapa Lah Ni, Sejuk Hati Dengan Suara Tu !!
Setiap kali Qawiy Aro terjah mengaji selebriti negara, pastinya ia akan mendapat perhatian warganet. Bertemu Qawiy memang mendebarkan kerana Qawiy akan tebuk mengaji sesiapa sahaja yang dia bertemu dan kali ini giliran Mierul Aiman pula menjadi ‘mangsa’ .
Meninjau akaun Instagram Qawiy Aro, telah dikongsikan video yang memaparkan Mierul menyambung bacaan Qawiy. Surah pilihan kali ini adalah surah Al-Qadr. Sebelum Qawiy memulakan bacaan, sempat Mierul meminta supaya tidak diberi surah yang susah.
Dengan penuh yakin, Mierul memperdengarkan bacaannya itu. Kali ini, Mierul lebih bagus dan bacaannya itu beserta tarannum jiharkah. Qawiy pun terpegun mendengar suara Mierul mengaji. Ada kemajuan daripada tebuk sebelum ini ketika program MeleTOP.
Malu-malu Mierul apabila Qawiy memuji bacaan tebuk berlagunya. Kata Mierul, lagunya itu kedengaran sumbang. Sedap bacaan berlagu Mierul dan ramai di kalangan warganet yang turut memuji kelunakan suara Mierul apabila mengaji sebegini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 31 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ha sbb tu la aku ckp kene buat program program ngaji cmni pgl budak budak higg council ni, ada yg kekonon ckp lambertttt lg, tanpa sedar anak anak tgh mengikuti diorg ni mcm zaman mak pak depa yg ikuti roy suatu ketika dulu.. ”
” Love lahhh mierul.. dah lah Handsome and pandai ngaji ni pakej betul. Yg penting tajwid semua betul. Sedap didengar.. ”
” Macam ni baru boleh buat menantu hehe.. Finally ada yg start dgn bismillah and taawuz. Good job Mierul.. ”
” 2 kali dah dia kena tebuk dengan Qawiy haha.. Mashaa Allah calon menantu mama ayah saya yg terrrrpaling sesuai.. ”
” Nervous ye muka awal masa dengar hehe. tapi Masha Allah Mierul, mantap lah bacaan Mierul tu. Fall in love dengar.. ”
” Mantuyy.. ni baru la boleh jd crush buat anak2 gadis.. pakej ni.. terbaik qawiyaro usaha yg berterusan.. tahniah anak muda balance dunia & akhirat mierulaiman.. ”
” Lembut je suara Mierul mengaji, bertaranum bagai lagi. Alahai sejuk mata memandang, tenang hati mendengar.. calon suami siapa lah ni.. ”
Contoh artis muda terbaik, seimbang dunia dan akhirat bak komen warganet. Suara Mierul tetap sedap didengar walaupun pada awalnya mukanya kelihatan cuak. Semoga Amirul Aiman terus maju jaya dalam kerjaya dan menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Qawiyaro
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago
” Paknil mintak dia nyanyi lagu lain bukan kepunyaan Dato’ Siti Nurhaliza.. ” – Paknil
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Jujur sangat doa tu Amayan. Tak boleh bayangkan kalau Dato’ Vida jadi mak mertua, haha.. ” – Komen Netizen