Artis / Selebriti
” 5 tahun berlalu, tapi takde satu hari pun tanpa memikirkan dia.. ” – Shuib Sepahtu
Shuib Sepahtu muatnaik video throwback anak sulungnya, Uwais Al-Qarni bersama arwah Siti Sarah Raissuddin diiringi dengan suara Uwais menyanyi lagu Tears In Heaven buat ramai tersentuh. Sebaknya tengok video ni..
Bukan mudah untuk menerima kenyataan insan tersayang pergi selama-lamanya. Itu lah yang dihadapi oleh Shuib Sepahtu selepas pemergian isteri tercinta, Siti Sarah Raissuddin. Pejam celik, pejam celik, sudah 5 tahun berlalu sejak Siti Sarah menghembuskan nafas terakhirnya gara-gara C0v1d-19.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Shuib Sepahtu, telah dikongsikan satu video throwback yang memaparkan Uwais bersama Siti Sarah. Video ini diambil ketika Siti Sarah menemani Uwais bermain golf. Betapa manjanya Uwais dengan ibu tersayang.
Video ini disunting oleh Shuib dengan menggunakan suara Uwais menyanyi lagu ‘ Tears In Heaven ‘ sebagai muzik latarnya. Uwais yang semakin meningkat remaja kini memiliki bakat nyanyian sama seperti Siti Sarah. Suara Uwais sedap didengar dan menusuk ke hati pendengar.

Tulis Shuib di ruang kapsyen mengatakan, walaupun sudah 5 tahun berlalu sejak Siti Sarah pergi, namun tidak ada satu hari pun berlalu tanpa Shuib memikirkan bidadari syurganya ini. Siti Sarah tiada galang gantinya dan kekal istimewa dalam hati Shuib.
@shuibsepahtu Saje edit video ni guna suara Wais nyanyi lagu “Tears In Heaven” 5 tahun berlalu,tapi takde satu hari pon tanpa memikirkan Dia. Uwais Alqarni ❤️ Ibu
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 11 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Must be dia paling banyak memory dengan ibu dia kan, sebab anak sulung.. dan dia juga yang paling sedih bila kehilangan ibu.. “
” Shuib.. hang mmg main jiwa.. bejurai ayaq mata.. batal puasa aku ib.. alfatihah untuk arwah Siti Sarah.. moga tenang di sana.. “
” Sebak dgr uwais nyanyi lagu ni. Dpt rasa dia merindui arwah ibunya. Al-fatihah buat arwah siti sarah.. “
” Arghh jangan bang, aku nangis kang.. sedih betul masa arwah siti sarah meninggal masa kita covid.. uwais anak soleh ibu yang akan selalu rindukan ibu.. “
” Effortless betul suara dia.. mmg gifted bakat menyanyi. subhanallah mcm2 bakat Uwais. moga sukses di dlm apa jua bidang yg diceburi. Aamiin.. “
” Cantik bidadari syurga Allahyarhamah siti sarah.. seorang yg penyayang, pemurah.. pergi dlm redha suami.. AlFatihah buat arwah.. “
” Meleleh air mata aku woii.. tengok sarah peluk cium uwais.. tambah pulak dengan suara uwais, laju air mata aku turun Ib.. sedihnya ingatkan sarah dah tiada.. “
Kenangan yang tidak akan pernah luput dari ingatan Shuib dan Uwais. Kini, kenangan itu lah yang menjadi pengubat rindu mereka terhadap arwah Siti Sarah. Semoga arwah tenang di sana dan di tempatkan di kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Shuib Sepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Thank you for giving me the family I have always prayed for.. ” – Suami Nelydia Senrose
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku hati dah tak sedap dan memang bila aku bawak Sarah turun.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti6 days ago” Boleh dia jawab ‘thats how conversation works’. Banyak auta anak jantan aku ni.. ” – Noor Nabila
-
Artis / Selebriti6 days ago” So tak salah pun bila saya nak cakap macam tu, bagi saya agak salah lah kalau.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Terus tukar bin, cute and clever boy lah Seth. Very the Shila Amzah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lah Lara, bukan muka je copy, rupanya suara pun sama macam Scha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bagaimana dia movement pun, walaupun tanpa bertempo movementnya, orang still akan suka kerana.. ” – Ajai
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya ibu tunggal yang bekerja, membesarkan anak dengan mental yang baik. Tolong jangan ganggu saya lagi.. ” – Fazura

