Connect with us

Artis / Selebriti

” Your acti0ns will inspires all to do more good in this dunya.. ” – Netizen

Video Ustaz Ebit Lew Menghadiahkan Basikal Untuk Pekerja Penghantaran Makanan Yang Berlainan Bangsa Mendapat Pujian Netizen.  Baik Sungguh Hati Ustaz Ebit !!

Pendakwah bebas terkenal, Ebit Irawan bin Ibrahim Lew atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Ebit sentiasa mendapat perhatian netizen dengan keperibadiannya yang lembut. Ustaz Ebit gemar membantu golongan yang kurang berkemampuan tanpa mengira bangsa dan agama.

Melalui perkongsian di Instagram miliknya, Ustaz Ebit memuatnaik satu video pendek mengayuh basikal bersama beberapa orang pekerja dari Food Panda. Basikal tersebut merupakan hadiah ikhlas daripadanya kepada 5 orang pekerja yang berbangsa Cin4 dan India.

Usaha murni Ustaz Ebit ini dilakukan demi membantu pekerja tersebut yang sebelum ini menghantar makanan dengan berjalan kaki sahaja. Hadiah yang diberikan, sedikit sebanyak dapat meringankan tugasan penghantaran makanan mereka seharian.

Di ruangan kapsyen juga, Ustaz Ebit bercerita berkenaan kisah kelima-lima individu tersebut dan sebahagian mereka kehil4ngan pekerjaan dan perlu menampung keluarga. Masing-masing berusaha keras mencari rezeki demi kelangsungan hidup pada hari mendatang.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian yang dibuat oleh Ustaz Ebit mendapat perhatian daripada follower dan netizen di luar sana. Antara komen-komen mereka adalah :

” Ustaz sentiasa menjadi contoh qudwah untuk kami, moga murah rezeki selalu ustaz. Mantap kali, Ustaz ebit ni memg next level lah.. “

” InsyaAllah moga ustaz masuk syurga firdaus tanpa h1sab dan az4b atas segala kebaikan ustaz.. Moga dipermudahkan semua amal kebajikan ustaz.. “

” Semoga ustaz ebit lew diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki, Semoga Allah permudahkan segala urusan ust dalam membantu rakyat Malaysia.. “

” Huhuhu.. terbaik ustaz.. lagu pun padu ustaz, background sound ustaz tak pernah mengecew4kan, Lagu ustaz tak pernah tak best hahaha. Tq ustazzz.. “

” Ustaz Ebit, your acti0ns will inspires all to do more good in this dunya…. may Allah reward you with Jannah Firdaus… amin.. “

” Alhamdulillah. Terima kasih ustaz sentiasa membantu yg susah dan memerlukan. Semoga Allah berkati kehidupan ustaz dan digandakan lagi rezeki ustaz.. “

” Terima kasih Ustsz Ebit menolong tanpa mengira kaum. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki utk menolong lebih ramai yang memerlukan bantuan.. “

Sudah semestinya contoh yang ditunjukkan oleh Ustaz Ebit ini memberi makna yang besar kepada semua. Terima kasih Ustaz Ebit atas bantuan yang diberikan. Kami di Berita Kopak mendoakan Ustaz Ebit diberikan kesihatan yang baik dan segala urusan dipermudahkan oleh ALLAH SWT.

Silakan SHARE

Sumber : IG Ebit Lew

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT