Connect with us

Artis / Selebriti

” Hebat Ustaz Ebit Lew ikhlas membantu tanpa ada diskr1minasi bangsa.. ” – Netizen

Video Ustaz Ebit Lew Membantu Auntie Christine Ti Buat Netizen Tersentuh. Baiknya Hati Ustaz Ebit, Membantu Semua Tanpa Mengira Bangsa Dan Agama !!

Ustaz Ebit merupakan seorang pendakwah, usahawan, pejuang dalam menabur bakti kepada masyarakat. Keperibadian Ustaz Ebit juga mendapat perhatian kerana melalui cara dia bertutur dan sikapnya yang sangat prihatin kepada orang sus4h. Dek kerana itu, Ustaz Ebit dijadikan idola oleh golongan muda sehinggalah yang berusia.

Mengikuti perkembangan Ustaz Ebit di akaun Instagramnya, terdapat sebuah video yang viral memaparkan kisahnya membantu seorang auntie  berbangsa Cina. Ustaz Ebit sendiri menemani auntie Christie pergi ke bengkel kereta untuk repair, menukar tayar baru dan service kereta kancil yang telah berusia 25 tahun. Tidak lupa juga sumbangan duit belanja yang dihulurkan kepada auntie Christie memikirkan keadaannya yang perlu ke sana ke sini hanya mendapat upah RM4 sudah membuatkan auntie gembira apatah lagi bila mendapat job RM7.

Jika membaca coretan Ustaz Ebit pada kapsyen posting video tersebut, Ebit menyatakan yang dia akan menjenguk teratak auntie Christi Ti setelah mendengar luahan, rumah yang mulai uz0r, r0sak dan mempunyai keboc0ran. Alhamdulillah, Allah menjentik hati hambanya, Ustaz Ebit untuk membantu tanpa mengira bangsa dan agama.

Ketelusan hati Ustaz Ebit menyedarkan masyarakat bahawa tidak perlu menunggu orang yang seagama atau sebangsa barulah hendak membantu. Netizen memuji Ustaz Ebit dan auntie, setelah dua insan ini berusaha gigih untuk mencapai matlamat masing-masing dengan pelbagai cara.

Jom mengikuti video Ustaz Ebit membantu auntie Christine Ti yang dikongsikan di Instagram milik Ustaz Ebit :

Perkongsian Ustaz Ebit yang sudi membantu seorang auntie Cina yang telah pun berumur tapi masih gigih mencari rezeki demi meneruskan kelangsungan hidup mendapat perhatian ramai. Antara komen-komen netizen adalah :

” Ustaz ni mana mana je ada. Syurga lah untuk kau Ustaz.. Unty y dah berusia pn rajin kerja… wahai anak2 muda cri lah rezeki u halal wlupun nmpk penat… ” 

” Hebat ebit liew ikhlas mmbantu tanpa ada diskriminasi bangsa.. moga dirahmati Allah selalu Terima kasih ustaz… Sentiasa mengingatkan saya untuk sentiasa bersyukur..  “

” Moga rezeki ustaz bertambah2 & menjadi dermawan yg hebat.. Moga Allah hadiakan ustaz sebuah rumah didalam syurga Allah nanti..  ”

” Alhammdullilah best. Hari hari keluar usaha cari rezeki.. Apa pon teruskan usaha ustaz bantu golongan yang memerlukan Sy kenal auntie ni sama2 pernah kerja satu company.. “

” Moga dakwah ustaz ni jadi asbab nonmuslim tertarik dengan agama Allah, agama paling damai seluruh alam..  “

” Semoga aunty kuat dan ustaz lebih2 lagi kena kuat semoga Allah memberi rahmat buat ustaz dan team.. “

” Sayunya tengok auntie ni.. Dah berumur pun masih gigih cari rezeki sendiri tak meminta minta pun.. Syabas aunti.. Ya Allah… Tanpa mengira agama dan bangsa.. ustaz layan semua sama rata..  “

Terima kasih Ustaz Ebit kerana berkongsi video dan kisah ini kepada semua. Semoga menjadi sumber inspirasi dan harap akan ada lebih ramai lagi golongan yang berkemampuan, dermawan dan prihatin seperti Ustaz Ebit memberi bantuan kepada mereka yang sepatutnya. Didoakan semoga Ustaz Ebit sentiasa sihat dan berada dalam kerahmatan Allah selalu. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ebit Lew

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT