Artis / Selebriti
” Ya Allah Amayan, kau takde perasaan ke. Mama dia gelak, dia macam takde apa berlaku, haha.. ” – Komen Netizen
Video Qadejah terjatuh ketika sedang merakamkan iklan untuk promosi beg bersama Datin Shahida dan Ammar Ahyan buat warganet terhibur. Berdekah Datin Shahida ketawa, Ammar pula macam muka blur, macam tak ada perasaan, hehe..
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Datin Shahida D’Herbs, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Datin Shahida bersama anak gadis dan terunanya, Qadejah dan Ammar Ahyan. Untuk info, Dato’ Aliff bakal membuat jualan besar-besaran untuk koleksi beg baru yang diberi nama Samma Denim.
Sebagai langkah promosi, Datin Shahida, Qadejah dan Ammar membuat satu video pendek sebagai iklan untuk jualan tersebut. Pada awal video, mereka bertiga membelakangkan kamera dan Datin Shahida menyuruh Qadejah dahulu memulakan pergerakan untuk berpusing ke arah hadapan.
Malangnya satu kejadian yang di luar jangkaan terjadi. Qadejah tersilap langkah dan jatuh terduduk ketika melompat untuk berpusing itu. Datin Shahida pula tidak dapat menahan ketawa melihat aksi Qadejah itu. Qadejah juga turut sama ketawa sambil membetulkan kainnya yang sedikit terangkat.

Ammar pula masih in character dan serius wajahnya. Langsung tidak ketawa melihat adiknya terjatuh dan ketawa mamanya itu seakan tidak didengarinya. Muka Ammar yang kelihatan agak blur dengan apa yang berlaku itu juga mencuit hati warganet. Komen warganet, Ammar seperti tidak ada perasaan dan sangat susah untuk mendengar Ammar ketawa.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 30 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :
“Amaryan memang takde jiwa eh. Mama dia gelak, dia macam takde apa yg berlaku. Adoiiiiii Amaryan ni.. “
” Amaryan hanya fokus task dia sahaja ye korang,lantak la orang lain nak jatuh tergolek ke…janji task aku settle, haha.. “
” Ya Allah amaryannnn kau xdak perasaan kaaahhh.. Amayann gelak dikk gelak.. xpon nampakkan gigi anda.. Yg kelakar ammar dgn muka kisah pulak aku hahahahahah.. “
” Kite dah gelak guling2.. dia mcm xada ape berlaku.. yg buat sy rasa kelakar nii si ammar tu. Tiada perasaan langsung.. “
” Amar… awak anak, Abang yang hebat… adik dia dah malu, jadi dia tak nak tambahan malu adik dia jadi dia buat takda perasaan Dan pura2 tak nampak… hebat didikan ibu ayahnya.. “
” Amaryan loading berpisah tiada yerr.. Ammar: lantak la apa nak jadi, janji aku perform.. Dah kenape ammar tak ketawa aduiyaiii.. aku ketawa sbb tgk ammar tak ketawa.. “
” Berulang2 tengok nak pastikan betul ke Ammar tak gerak langsung bibir dia untuk ketawa ya.. sian cess, tapi jatuhnya cantik jer… suka dengar Datin ketawa.. “
” Walaupun qadejah jatuh, Ammar tetap maintain blur face tu. Ammar sunggun x ada deria gelak2 ke.. cuba lukis kalau tak dpt react dgn muka.. tiber ammyyan ok jumpa korg 3 ogos haha.. “
Walaupun kelakar melihat Qadejah jatuh tetapi reaksi Ammar lagi menggeletek hati warganet. Mungkin Ammar menjaga air muka adiknya itu kerana jika dia ketawa, Qadejah akan lebih malu. Apa-apa pun, semoga perancangan pada 3 Ogos nanti berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Datin Shahida
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kalau Syazuwan tu perempuan, aku rasa dorang dah peluk-peluk sambil nangis. Sedihnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Still emotional thinking about last night. Also, so grateful to my.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Part humming tu suara sebijik macam arwah Sarah. Dengar terus nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Muka Ameng tu aku tak tahan. Tergelak aku tengok, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Selama ni Hussain menyorok kat mana ye, effortless betul suara dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sekarang bahagia, jauh lebih bahagia sebab saya ada dunia di luar politik.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Aku dah mula start nak nangis, lagu best dan suara mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” 1st time performance dengan ayah sebenarnya buat Azeva sedih tapi.. ” – Azeva

