Artis / Selebriti
” Wow dinar emas, tanda Mr E menghargai Erra. Sweet sangat.. ” – Komen Netizen
Video moment ketika Majlis Akad Nikah Erra Fazira dan Ezwan Zain curi perhatian warganet. Dengan sekali lafaz, Erra sah menjadi milik Ezwan. Sama cantik dan sama padan, mas kahwin pun wow sangat..
Hari yang dinanti-nantikan oleh primadona Melayu, Erra Fazira dan pasangannya, Ezwan Zain akhirnya tiba. 12.12.25 menjadi tarikh keramat bermulanya kehidupan baru pasangan ini sebagai suami isteri. Sebentar tadi terlah berlangsungnya upacara ijab dan qabul Erra dan Ezwan.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Era FM, telah dikongsikan suasana ketika upacara itu berlangsung. Pasangan pengantin mengenakan persalinan berwarna biru lembut dan kedua-duanya kelihatan segak dan ayu pada hari bahagia mereka ini.
Upacara dimulai dengan khutbah nikah dan selepas itu ijab qabul dijalankan. Hanya dengan sekali lafaz sahaja, Erra sah menjadi milik Ezwan. Wajah kedua-duanya kelihatan gembira dan mempelai juga tidak dapat menahan air mata kegembiraan mereka.

Sama cantik sama padan, itu yang dapat dikatakan untuk Erra dan Ezwan. Siapa sangka perkenalan di konti Sinar FM akan membawa mereka ke jinjang pelamin. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta dan didoakan oleh ramai peminat agar ianya berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Jom tonton video di bawah :
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Sepadan sangat, sama sama humble.. cantiknya erra, lagi berseri seri.. macam anak dara.. eh kalah lah anak dara.. “
” Betul la Erra kata Mr E lagi details. Tengok dia dok kemas2 veil tu terbukti.. Klau berdua mesti yg ke 3 bunga tu..hehehe Selamat pengantin baru buat psgn errafazira n ezwanzain semga bhgia hingga ke syurga…aamiin.. “
” Macam umur 20an weii.. sweet nyahhh.. yeay erra dah kawen.. manisnya selamat pengantin baru lovebirds.. “
” Rare btol la erra fazira ni .nikah pakai baby blue.. 51 tahun tp mcm 31tahun… btw congrats erraaaa sisturrr.. Semoga kekal smp ke jannahh.. “
” Fuh dinar emas tu mas kahwin Erra. 24 dinar emas lagi, alhamdulillah rezeki.. tahniah erra mr e, semoga berbahagia hingga ke jannah.. “
” Wah 24 dinar emas bersamaan 50 ribu tu.. Alhamdulillah sudah tertulis segalanya kan. kita tumpang happy dan harap erra bahagia sampai bila bila.. “
” Alhamdulillah..wow 24 dinar emas.. tanda mrE menghargai erra.. Alhamdulillah. Semoga erra dgn suami kekal bahagia hingga kesyurga aamiin.. “
Alhamdulillah Allah permudahkan ijab qabul Erra dan Ezwan. Maka bermula lah fasa kehidupan baru dalam hidup mereka bermula saat dan ketika ini. Semoga perkahwinan ini sentiasa dalam rahmat Allah dan dikurniakan keamanan serta kebahagiaan sehingga ke akhir usia. Selamat pengantin baru Erra.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Era , IG Sinar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Umur sebaya aku kut, boleh lagi pecut tu. Kalau aku, pancit dah.. ” – Komen Netizen

