Artis / Selebriti
” Diiringi anak Erra dan disambut oleh anak suaminya. Kenapa saya yang sedih dan terharu ni.. ” – Komen Netizen
Video moment anak-anak Ezwan Zain dan Erra Fazira mengiringi pasangan pengantin ke pelamin buat ramai tersentuh. Sama cantik sama lawa Engku Aleesya dan Dania Sofea. Sebak tengok masa Sofea salam dan peluk Erra. Kasih sayang seorang anak..
Pernikahan yang dinanti-nantikan antara pelakon jelitawan, Erra Fazira dan pemilik Cafe Kueh, Ezwan Zain telah pun berlangsung sekitar jam 9 pagi tadi. Setahun mengenali hati budi masing-masing, pasangan ini akhirnya sah disatukan sebagai suami isteri.
Selain ahli keluarga, anak-anak Erra dan Ezwan juga mencuri perhatian ramai. Engku Aleesya dan Dania Sofea, kedua-duanya sebaya dan menjadi pengiring untuk kedua ibu bapa mereka itu. Aleesya dan Sofea juga mengenakan busana putih mengikut tema majlis.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Hot FM dan Sinar FM, telah dikongsikan moment sebelum dan semasa pasangan mempelai menuju ke pelamin. Sofea yang sememangnya rapat dengan daddynya kelihatan gembira dalam sebak sambil memegang erat tangan daddynya.

Aleesya juga tampil menawan mengiringi mummynya masuk ke perkarangan majlis. Sofea menyambut kedatangan Erra dan Aleesya dan bersalaman serta berpelukan bersama Erra. Selepas itu, ketiga-tiganya berjalan beriringan ke arah pelamin. Ezwan memerhatikan gelagat anaknya dengan wajah yang sebak.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Selalu kita tgk mak iringi anak … hr ni anak iringi maknya yg cantik ayu jelita sgt… truely happy for them.. Semoga anak2 mereka mengasihi ibu ayah baru mereka.. “
” Alhamdulillah.. diiringi anak Erra.. dan disambut oleh anak suami nya.. Kenapa saya yang sedih dan terharu ni. Ezwan mcm sebak je tgk anak perempuannya salam bakal isterinya.. “
” Subhanallah knp sy yg sedih atas kegembiraan ini..tahniah kak erra dn abg ezwan..slmt pengantin baharu semoga bahagia hgga ke jannah Aamiin Ya Rabb.. “
” Muka anak dara Mr E ni ada iras pelakon Leez Rosli.. Baik erra mahu pun ezwan, masing masing ada anak dara yang cantik.. “
” Tgk air muka anak dia mcm 1001 rasa.. Gembira pun ada terharu pn ada.. Apapun tahniah mr n mrs E.. Semoga berkekalan ke jannah.. Barakallahufik.. “
” Nampak dia sebak dalam gembira. semoga bahagia selalu semuanya.. Anak erra lawa, anak ezwan lawa.. Nampak anak masing masing pun humble dan tentu bijak. Insyallah yg baik baik ja utk famili ni.. “
” Masyaallah…lawa ank Mr E… Ank Erra pun lawa … Alhamdulillah.. anak erra dan erra sebaya. mesti akan jadi kawan baik nanti ni.. “
Sebak melihat kasih sayang anak-anak untuk kedua ibu bapa baru mereka ini. Pastinya mereka sekeluarga mengharapkan kebahagiaan untuk selama-lamanya. Semoga perjalanan baru untuk Erra, Ezwan, Aleesya dan Sofea ini dipermudahkan dan diredhai Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sinar, IG Hot FM
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” I tahu Daddy bukannya cinta pun I. Daddy memang kahwin dengan I sebab.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti6 days ago” You ni asyik nak cakap pasal arwah isteri you je. You ingat I takde perasaan ke.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti7 days ago” Di depan orang yang kita sayang, memang kita jadi superhero. Di depan orang yang kita tak sayang.. ” – Raf Yaakob
-
Artis / Selebriti5 days ago” Baby tak tau serum tu untuk glowing. Baby ni bukan perempuan, baby ni laki.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik tu dah mengantuk sampai dah keluar air liur. Terpaksa, haha.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti4 days ago” Jarang dapat dengar luahan seorang bapa tunggal. Ayah yang sangat bertanggungjawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Budak kuat membebel, Akira Juwita.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wah, dah siap lagu pengantin baru. Romantis lagu, hebat Dida.. ” – Komen Netizen

