Connect with us

Artis / Selebriti

” Weh sedap lah suara Kak Ejad nyanyi lagu ni.. ” – Netizen

Video Siti Elizad Menyanyikan Lagu Ella, Layar Impian Raih Pujian Ramai. Wow Walaupun Bersahaja, Memang Padu Suara Elizad !!

Nama selebriti Elizad Sharifuddin memang dikenali ramai. Selain bergelar pelakon, Elizad juga merupakan salah seorang penyampai radio Sinar. Sebelum ini, Elizad bersiaran bersama Hefny Sahad dan kini Elizad telah bersiaran pada waktu pagi bersama Jep, Rahim dan Angah.

Meninjau di akaun Instagram Sinar, telah berkongsi beberapa video dan gambar para penyampai radio ke Melaka semalam sempena program Jelajah Bola Sinar yang menampilkan personaliti Sinar x Superlawak FC bermain bola sepak melawan pasukan Melaka Legend.

Namun yang menarik perhatian adalah satu video yang merakamkan aksi Elizad telah menyanyikan sebuah lagu Ella bertajuk ‘ Layar Impian’ bersama seorang personaliti Sinar di dalam bas ketika perjalanan mereka ke Melaka.

Perkongsian video telah ditonton lebih 84 ribu tontonan sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram dan menjadi perbualan di ruangan komen. Ada yang menyatakan suara Elizad membawa lagu tersebut sedap didengar meskipun Elizad menyanyi dalam keadaan bersahaja.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, pelbagai kata pujian diberikan warganet setelah mendengar nyanyian Elizad. Antara komen-komen menarik adalah :

” Weiiiii sedap lah suara Kak Ejad bawa lagu ni, hehe walapun nyanyi dalam keadaan relax2 je, padu juga tau, terbaik lah.. “

” Sedap suara Ejad. Dah lah cantik, serba serbi boleh. Berlakon pandai, nyanyi pun suara sedap, semp0i pulak tu.. “

” Sedappp sehh sore, dah la suka giler. Sempoiii je Elizad ni tp lemah lembut gaya dia. Eh malu2 pulak si budak sebelah tu, haha.. “

” Ejad ni penyanyi ke, suara boleh tahan juga lah bila dengar. Macam masuk suara Ejad bawa lagu rock2 ala2 Ella.. “

” Adinda Ejad kalau nyanyi memang sedap, saje dia tak nak show kan, haha. Suara orang sebelah pun sedap juga bila bergabung.. “

” Woww, sedap. Tadi jumpa Elizad dekat Stadium Hang Tuah, memang orangnya lawa ter0k arr, tak puas tengok tau.. “

” Minat dengan Ejad, suka tengok lakonan dia, memang berbakat betul. Tak sangka nyanyi pun sedap yer suaranya.. “

Sedap suara Elizad, patut lah ramai yang memberi kata pujian. Apa-apa pun semoga Elizad sentiasa berjaya dalam apa juga bidang yang diceburinya dan segala urusan Elizad dipermudahkan serta sentiasa bahagia bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG sinar_my, elizadsharifuddin

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT