Artis / Selebriti
” Alhamdulillah mesti comel macam bonda dia, handsome macam ayahnya.. ” – Netizen

Intan Saleh Kongsi Berita Gembira Selamat Melahirkan Cahayamata Ketiganya Raih Perhatian Warganet. Alhamdulillah, Tahniah Bonda !!
Intan Saleh menjadi perhatian ramai warganet dan kini juga bergelar usahawan kosmetik. Mendirikan rumahtangga bersama jejaka pilihan hatinya bernama Aizam, Intan atau mesra dengan gelaran Bonda ini mempunyai 2 orang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu.
Meninjau akaun Instagram Intan Saleh, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Intan berada di Ohana Specialist Hospital. Memaklumkan sudah selamat bersalin putera ketiganya pada jam 3.34 petang, ucapan syukur diungkapkan untuk anugerah Allah ini.
Intan turut mengucapkan terima kasih buat Dr Jamaliah dan nurse yang banyak membantu ketika proses bersalinnya ini. Dapat dilihat Aizam setia menemani Intan sehingga anak mereka selamat dilahirkan. Alhamdulillah bertambah seorang lagi anak lelaki Intan.
Intan mendoakan untuk semua ibu-ibu lain yang sedang menunggu hari untuk melahirkan dipermudahkan segala urusannya. Mesti abang-abang Baby A tak sabar untuk berjumpa dengan adik mereka ini.
Jom baca perkongsian di bawah :
Antara gambar lain yang dapat dilihat dalam perkongsian ini :
Perkongsian ini telahpun mendapat perhatian dan ucapan tahniah diberikan oleh netizen untuk Intan dan Aizam. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan :
” Tahniah Intan, Alhamdulillah syukur. Selamat berpant4ng, bonda dapat hero lagi. mesti comel ni.. “
” Alhamdulillah tahniah bonda dan family. Semoga bonda dan baby A sihat sihat selalu. Selamat berpantang bonda.. “
” Tahniah bonda dan suami. doct kate czer, Allah kate normal.. hebat perancangan allah melebihi perancangan hambaNya.. “
” Alhamdulillah tahniah Intan dan suami atas kelahiran baby A, selamat berpant4ng. Tak sabar nak jumpa baby A.. “
” Alhamdulillah kenapa merembes air mata tengok video bonda ni. Tahniah bonda, bahagia bonda sekarang seronok dilihat.. “
” Syukur Alhamdulillah.. tahniah adik dan aizam .. dem0k dan abg aishh dpt adikk.. ade masa nnt kita jmpa okeyy.. selamat berpant4ng adik angah.. “
” Tahniah bonda atas kelahiran baby… Alhamdulillah… Mesti Comel mcm bonda dia, hensem macam ayahnya…. Alhamdulillah tahniah…. Take care selamat berpant4ng.. “
Tahniah Intan dan Aizam atas kelahiran baby A, apalah agaknya nama Baby A ni agaknya mesti secomel wajahnya. Semoga Intan cepat sihat, dapat berpant4ng dengan gembira dan seluruh keluarga dirahmati oleh Allah selalu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Intan Saleh
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago
” Paknil mintak dia nyanyi lagu lain bukan kepunyaan Dato’ Siti Nurhaliza.. ” – Paknil
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Jujur sangat doa tu Amayan. Tak boleh bayangkan kalau Dato’ Vida jadi mak mertua, haha.. ” – Komen Netizen