” Kak Ejad jangan sed1h ye, rezeki tak pernah sal4h alamat.. ” – Netizen

Perkongsian Dan Ucapan Selamat Ulangtahun Perkahwinan Siti Elizad Untuk Suaminya Yang Menyentuh Hati. Semoga Hasrat Dan Impian Elizad Tercapai !!

Menerusi akaun Instagram Elizad Sharifuddin, telah dikongsikan beberapa keping gambarnya beserta cerita mengenai rumah yang dibeli Elizad dan suaminya, Shamsul Baharin. Pasangan ini yang membeli sebuah rumah beberapa tahun lalu dengan harapan kedatangan tahun 2021, rumah ini akan siap dan dapat didiami bersama zuriat mereka.

Namun manusia hanya merancang dan Allah yang menentukan segala-galanya. Elizad sempat berselor0h bahawa dirinya sendiri akan menjadi ‘baby kecil’ untuk memeriahkan rumah mereka itu. Elizad yang turut mengucapkan ucapan selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 6 untuk suaminya dan terima kasihnya atas layanan suaminya yang terus sabar dan melindungi.

Umum mengetahui, Elizad tahun lalu membuat proses kesuburan atau IVF dalam usahanya untuk mendapatkan zuriat sendiri. Hanya sempat merasa beberapa minggu j4nin berada dalam rahimnya, Elizad mengalami kegug0ran dan ianya dimaklumkan kepada peminat di Instagramnya tahun lalu.

Namun Elizad tetap positif dan terus berusaha untuk memenuhi impian mereka ini. Elizad juga memaklumkan ketika itu bakal mengulangi proses yang sama awal tahun ini. Semoga kedatangan tahun 2021 bakal memberi kegembiraan untuk Elizad dan suaminya.

Jom baca perkongsian di bawah :

(Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Kapsyen Elizad ini mendapat perhatian daripada rakan artis dan juga peminat. Rata-ratanya memberikan kata-kata semangat dan mendoakan untuk Elizad. Antara komen-komen mereka :

” Happy anniversary ma love. Allah susun cantik punya untuk Ejad.. ” – Elly Mazlein

” Happy annoversary Ejad dan husband. Insya Allah don’t give up my dear sis. Now is the time.. “

” Happy 6th anniversary to dear ejad & soulmate. semoga bahagia bersama till jannah. InshaAllah k.bed doakan agar Allah makbulkan hasrat ejad & mr.hubs memiliki zuriat.. ” – Abby Fana

” Yakini bila tiba masanya rezeki akan mai dlm pelbagai bentuk & juga ‘surpr1ses’ coz only He Knows Best . Happy anniversary my sista and hubby.. “

” Salam yaa Allah kau permudahkan segala urusannya kau kabulkan zuriat yg soleh n soleha. Aameen Allah humma Aameen.. “

” Happy anniversary babe. Semoga berbahagia till jannah and trust me rezeki Allah akn smpai pada waktu nya.. ku doakan y terbaik utk mu babe.. “

” Its okay, insyaallah ada rezeki tu nanti kami ramai2 doakan. Masanya akan tiba satu hari nanti. happy anniversary Ejad.. “

” Kak ijad jgn sed1h ye. Rezeki tak pernah sal4h alamat. Allah swt dah susun cntik dah ni. Smoga dpt baby kembar this year. Amin amin amin.. “

Ramai yang sayangkan Elizad dan mendoakan untuk usaha Elizad mendapatkan anak berhasil. Apa pun, Allah pasti ada perancangan yang terbaik untuk Elizad dan suami. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat ulangtahun perkahwinan untuk Elizad dan semoga segala impian Elizad dimakbulkan Allah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Elizad Sharifuddin

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..