Artis / Selebriti
” Weh besar betul katak tu doh, ingat katak mainan. Tapi serius memang kelakar part ni, haha.. ” – Komen Netizen

Syazwan Zulkifly kongsi video babak lakonannya bersama katak menerusi filem Blood Brothers : Bara Naga mengundang tawa ramai. Alamak besarnya katak atas kepala Syazwan. Lawak lah Syazwan geli, hehe..
Bagi yang sudah menonton filem terbaru, Blood Brothers : Bara Naga arahan oleh pengarah Syafiq Yusof pasti terhibur dengan watak Jaki yang dilakonkan oleh pelakon Syazwan Zulkifly. Menerusi filem itu, Syazwan memegang watak sebagai abang kandung Ariff (lakonan Syafiq Kyle).
Meninjau di akaun TikTok milik Syazwan, telah dikongsikan video yang memaparkan satu babak yang dilakonkan oleh dirinya. Menerusi babak tersebut, Syazwan terpaksa berlakon bersama seekor katak yang sangat besar di atas kepalanya. Babak ini antara babak yang paling disukai ramai.
Meskipun dilihat Syazwan agak tidak selesa dengan katak itu, namun Syazwan berjaya melakokan babak tersebut dengan baik sekali. Tulis Syazwan di ruang kapsyen mengatakan ‘ besarkan katak tu ? ‘. Perkongsian video itu juga turut menarik perhatian ramai.
Seloroh peminat, mereka sangat menyukai babak ini kerana Syazwan kelihatan begitu kelakar. Bukan itu saja, ada yang menyakat dengan bertanya kepada Syazwan, adakah katak itu turut mendapat bayaran lakonannya. Sehingga kini, perkongsian video oleh Syazwan ini telah ditonton lebih 1.6 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
@syazwanzulkifly Besarkan katak tu? #bloodbrothers #behindthescenes #filmmaking
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur selepas menonton video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Weh besar betul katak tu doh, ingat katak mainan. Tapi serius memang kelakar part ni, haha.. Tq Syazwan, memang best sangat watak kau dalam filem ni.. “
” Tahniah abang, rezeki dari Allah.. Hrp watak abg, kekal hingga akhir.. Suka tengok, watak abg.. Kelakar, menceriakan suasana.. “
” Awak lah HERO Blood Brothers sebenarnya…keletah Jaki buat sy menangis dan dlm masa sama ketawa juga. dialog best bila Jaki suruh Atiff bantu Ghaz.. “
” Nilah watak penyeri dalam movie #BloodBrothers guyssss. Sumpah korang akan gelak habis dengan character diaaaaa. Mantap lahhhhh.. “
” Aku ingatkan bukan katak betul wehhh.. Besar betul lah.. Lakonan katak tu sgt2 menjadi..Brapa bayaran untuk katak tu? teruk juga jatuhnya, haha.. “
” Aku tak boleh part ni, berdekah satu panggung weh.. Memang kelakar sangat.. Watak Jaki ni paling best sangat.. Tak henti ketawa.. “
” Katak tu okay ke? Tergolek2 sian plak.. Function dowhhh jaki hahahhhahaa sumpah aq terharu ngn karakter dya.. Best sangat.. “
Selain itu, ramai yang mengatakan watak Jaki telah mewarnai jalan cerita filem Blood Brothers dan memuji lakonan Syazwan. Apa-apa pun, tahniah kepada semua pelakon filem ini, baru beberapa hari ditayangkan telah pun mendapat kutipan melebihi 21 juta ringgit.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok syazwanzulkifly
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Viral4 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu Shafnie Zainudin in one frame.. ” – Shafnie Zainudin