Connect with us

Artis / Selebriti

” Teliti cara Lala pandang Syazwan, tersuka tanpa sengaja ke tu.. ” – Netizen

Video Wawancara Wan Sharmila Dan Syazwan Zulkifly Raih Perhatian Ramai. Alahai Nampak Malu-Malu Pula Masing-Masing, Berseri-Seri Bila Bertemu !!

Kalau nak dikata bercinta, tuan punya badan masih belum mengaku tapi masing-masing kelihatan serasi bersama. Malah ramai peminat-peminat mereka mendoakan pelakon Wan Sharmila berjodohan bersama Syazwan Zulkifly. Namun sejauh mana benar tentang hubungan mereka itu menjadi tanda tanya kepada semua.

Hal ini terjadi apabila Wan Sharmila dan Syazwan diberi watak sebagai pasangan suami isteri dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2. Selain watak utama iaitu Khuzairi dan Mia Adriana, watak Sofi dan Helmi juga menjadi perhatian penonton-penonton drama tersebut.

Keserasian bersama dalam drama itu, membuatkan lakonan mereka berdua begitu ‘ hidup’. Malah, walaupun sudah berakhir drama tersebut, ramai yang masih tidak dapat melupakan akan watak-watak dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2 itu dan rata-ratanya sering berkongsi sedutan drama itu di laman media sosial.

Terbaru, menerusi perkongsian di akaun Instagram milik fans kepenqxlala telah berkongsi satu video yang memaparkan wawancara dan sesi bergambar Wan Sharmila bersama Syazwan dalam mempromosikan drama terbaru mereka iaitu ‘Kasyaf Gelang Ibl1s’ .

Tonton perkongsian video tersebut di bawah ini :

https://www.instagram.com/p/CFJW6WWA8LJ/

Melihat aksi Wan Sharmila dan Syazwan yang malu-malu dalam perkongsian video itu telah mendapat perhatian ramai. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Sempat lagi kac4u Lala eh , tapi comel sangat tengok reaksi dua-dua ni ..”

” Kan dah cakap Kpeng klu dgn Lala happy je.. Sentiasa senyum lebar

” Teliti cara Lala pandang Syazwan, tersuka tanpa sengaja ke tu ? Hahaha.. “

” Malu-malu pula, tapi mahu, semoga berjodahan lah kalian.. “

” Jangan lama-lama Kpeng, nanti disambar orang.. Teruskan usaha.. “

” Suka lah aku tengok Lala, manis sangat.. Untung lah kalau Syazwan dapat.. “

Alahai memang sweet jer tengok dua-dua ni, Syazwan macam tak put0s asa betul cuba nak dapatkan Lala. Lala pun malu-malu jer bila kena usik dengan Syazwan. Kalau ada jodoh tak ke mana kata orang. Hehehe. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan Wan Sharmila dan Syazwan akan terus berjaya dalam bidang lakonan. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG kepenqxlala, mymal808

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT