Artis / Selebriti
” Untunglah tahun ni dapat sambut dengan Cik Tunang, sweet sangat.. ” – Netizen
Video Dan Gambar Sekitar Majlis Sambutan Hari Lahir Kamal Adli Bersama Tunang Tersayang, Uqasha Senrose. Manis Meleting Bakal Pengantin Ni, Comel Je Part Suap Kek Tu !!
Baru-baru ini, pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose telah mengikat tali pertunangan. Dijangka Kamal dan Uqasha bakal mendirikan rumahtangga tidak lama lagi dan perkongsian tersebut semestinya membuat peminat-peminat mereka turut tidak sabar menanti hari bahagia pasangan ini.
Terbaru, sempena ulang tahun kelahiran Kamal yang ke-35 tahun, Uqasha telah membuat majlis sambutan hari lahir untuk tunangnya itu. Paling menarik, pada majlis tersebut temanya adalah dengan memakai pakaian jersi bola sepak Manchester United.
Kelihatan Kamal begitu gembira pada kali ini kerana dapat meraikan hari lahirnya itu bersama tunangnya. Manakan tidak, pada tahun lalu, Kamal hanya meraikan hari lahirnya itu di rumah secara berseorangan kerana Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP) dilaksanakan.

Menerusi perkongsian gambar dan video di akaun Instagram fans Kamal Uqasha, kelihatan sambutan hari lahir Kamal diraikan begitu meriah dan turut hadir adalah ahli keluarga Uqasha serta rakan-rakan rapat Uqasha dan Kamal.
Ikuti sedikit perkongsian di bawah ini :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Halah muka tu, sempat lagi menjel1ng pandang Cik Tunang
( Klik butang KANAN > untuk menonton video seterusnya.. )
Nak juga disuap yer Kamal :
Di ruangan komen, para peminat Kamal turut memberikan kata ucapan selamat hari lahir buat Kamal dan mendoakan semoga segala urusan perkahwinan Kamal dan Uqasha akan dipermudahkan. Antara komen-komen warga netizen adalah :
” Sweet betul lah pasangan ni, selamat hari lahir Kamal, semoga tahun ini adalah tahun yang paling bermakna buat Kamal.. “
” Untung lah, tahun ni dapat sambut dengan Cik Tunang, sweet sangat. Semoga Kamal dan Uqasha sentiasa bahagia bersama dan cepat-cepat naik pelamin, amin.. “
” Selamat hari lahir Kamal, wah meriahnya sambutan hari lahir Kamal, siap tema Manchester United lagi tu.. “
” Nampak jelas Kamal memang rasa bahagia disamping Uqasha, happy birthday Kamal, semoga dipnjgkan umur dan dimurahkan rezeki, amin.. “
” Dia punya jel1ng kat tunang tu, amboi meng4da betul yer Kamal, hehehe yerlah sambut ulang tahun dgn tunang.. “
” Tahun lepas sendu sed1h sebab raikan sorang-sorang yer Kamal, tahun ni dapat sambut dengan tunang yang cantik pula tu.. “
” Lawa Uqasha makeup mcm tu, nampak mcm ala-ala korea. Selamat hari lahir buat tunang Uqasha, semoga segala urusan untuk bersatu dipermudahkan.. “

Meriah sambutan hari lahir Kamal tahun ni dan memang special sikit, maklumlah dah ada tunang, tak lama lagi bakal bergelar suami pula. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak turut mengucapkan selamat hari lahir buat Kamal, semoga terus berjaya dalam bidang diceburi.

Silakan SHARE…
Sumber : IG Kamal_ Uqasha , Uqasha Senrose
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Bila dia jatuh, dia tengok macam pintu gerbang. Dia cakap pintu gerbang ni ada 3 lorong.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti6 days ago” Masuk air betul Kepom ni, geram pula kita tengok. Penat tau gelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kita layan dia makan Mee Cintan 2 peket, kopi 3 cawan, lepas tu.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Merinding dengar suara Dekta ni, bayangan ibu sangat. Sumpah sedap.. ” – Komen Netizen

